Pages

February 6, 2010

:: terdetik lagi ::


Imam Al-Ghazali berkata, hati ibarat cermin.

Apabila cermin itu bersih,
mudahlah seseorang itu hendak melihat dan menilai,
di mana cacat cela dirinya,
mana yang kurang,
mana yang perlu dibaiki.

Jika cermin itu kotor dan bertompok-tompok hitam,
maka tidaklah empunya diri itu dapat bercermin lagi.
Dia sudah tidak nampak rupa dirinya yang sebenar.

Sungguh, aku tersangat perlu membersihkan cerminku.
Sesuatu yang teramat-amat sukar.

Jujur kukatakan, aku ingin berubah.


ingin memulakan langkah,
noorsalinamohdbaharuddin

6 comments:

~amy~ said...

maka perubahan tu akan datang sally. InsyaAllah.btw, apa nama music ni ya?sedap dgr.

Abdul said...

Awak ingin berubah? Boleh saya katakan yg cermin awak bersih? Sebab awak nampak bahagian perlu digilapkan, dibershkan.

Alhamdulillah.

saLiNa said...

to amy:
inshaAllah mie, doa2kan..
heheh, u know since i'm not a fan of nasyid, i listen to instrumentals..
this is 'kiss the rain' by yiruma..
check out his songs, they're nice. ;p

to abdul:
tak boleh cakap saje encik abdul, mana encik abdul tahu cermin saya bersih? luaran tak sama dengan dalaman. manusia boleh hipokrit.

tambahan, kalau hanya 'nampak' sahaja akan kotoran tu, tapi takde usaha nak gilap/bersihkan, takde maknanya. saya still takde 'push' yang kuat nak 'ambik detergent then sental dirt kat cermin tu'. kecewa bukan? hmm~

Abdul said...

maklum balas yang sudah saya jangkakan.

saya tidak kecewa sebab awak lebih kenal diri awak. dan saya yakin.....

nik said...

cermin sy agak kelam kebelakangan ini... T_T lama xjenguk blog salina... lagu pom dh berubah..title blog pom sudah berubah.. by da way.. nice argument between salina n en abdul...ye..kdg2 rase hipokrit jew diri ni...xmampu nk istiqamah..mudah tpengaruh... kadang2 kite tahu bnda itu salah tapi still xnak ubah dan buat2 xtahu... bace blog salina kdg2 mdtgkan keinsafan gak...

saLiNa said...

to nik:
muahaha.. ha.. ha.. ha..
dengki dengan 'kotak kecik'sebenarnya.. so,inilah jadinya~

hmm, masalah yang 'buat2 tak tahu', ini yang jadi big matter ni..
tapi.....
macam omputih cakap, 'nothing is impossible'..