Pages

Showing posts with label spontan. Show all posts
Showing posts with label spontan. Show all posts

March 19, 2012

:: kepada murabbi ku ::


bismillah.

"good luck, my dear.." she said kindly,
but rather in the tone of voice of
someone wishing a snowman a happy summer.
(or maybe i'm the only one who think so)


feel like i've been abandoned T_T

--------------------------------------------------------------------------

kepada murabbi ku,

berilah selagi mampu,
ku terima selagi nyawa bertamu.

<3


noorsalinamohdbaharuddin

January 12, 2012

:: aku di tanah ::



aku di tanah | 130112


aku di tanah
Dia teguh perhati
buat salah aku tak berani
takut senget timbang kati

aku di tanah
Dia kuat menegur
selalu juga aku sungkur
tapi Dia tak ralat mengukur

aku di tanah
selalu Dia suluh
kadang rasa diri sudah bagus
rupanya masih rebung buluh

aku di tanah
Dia selalu punya jawapan
tapi bukan percuma
harus dulu beli dugaan

aku di tanah
Dia saksi segala
kadang malu juga
bila sedar banyaknya dosa

aku di tanah
Dia suka momok cabaran
pasrah atau lawan
pilihan jadi ukuran

aku di tanah
hal gembira Dia gemburkan
bila cinta dibuktikan
ingat Dia dalam amalan

aku di tanah
Dia cinta aku
aku tahu itu
begitu juga aku

inshaAllah, cinta sampai akhir.

noorsalinamohdbaharuddin


August 22, 2011

:: nak cakap banyak-banyak ::

bismillah.

boleh tak kalau salina cakap salina sayang Allah?
dah cakap dengan Allah banyak kali, salina suuuuka Allah sangat2!

suka giler! seriously.
suka bila Allah jawab soalan-soalan yang bermain kat fikiran.
suka cara Allah bercakap dengan diri melalui ayat-ayat Quran.
suka bila Allah bagi hati jadi girang dengan tak semena-mena [even waktu sedih].
suka cara Allah bagi hati jadi sedih dengan tak semena-mena juga [even waktu tengah galak].
suka bila Allah ada cara tersendiri memproses doa kita.
suka cara Allah buat aturan alam ni, indah!.
suka bila Allah sediakan banyak cara bertaubat pada Dia.
suka cara Allah memudahkan urusan hambaNya bila sulit.
suka bila Allah kata Dia cinta dan sayang hamba yang taat pada Dia.
suka cara Allah tarbiyah diri, unik.
suka bila Allah beranikan diri salina bila situasi adalah sebaliknya.
suka cara Allah buat salina yakin pada Dia, sebab Dialah Yang Maha Mengetahui segala-galanya.
suka bila Allah bagi khabar-khabar gembira pasal syurga, terus rasa nak, walau usaha tak seberapa, tapi mahu istiqamah.
suka cara Allah bagi rasa gerun dengan api neraka, terus insaf, walau tak kekal, tapi input berterusan.

ahhh, banyak lagi lah suka-suki yang tak dapat diluahkan dengan kata-kata.
cuma mahu ajak berfikir.
semua benda sepatutnya mengingatkan kita pada Allah bukan?
alhamdulillah, kalau kita semua begitu, pada setiap masa dan ketika.

ada beberapa lagi [sebenarnya, banyaaak lagi!] tugasan yang Allah beri,
salina belum tunaikan sepenuhnya.
inshaAllah, salina dalam proses ke arah itu.
tahu, walaupun orang cakap perubahan memerlukan masa,
tapi bagi orang yang degil dan keras macam salina,
kadang-kadang perubahan perlukan paksaan! hurk! [aja2!]

“Barangsiapa yang bersungguh-sungguh mencari keredhaan Allah,
nescaya benar-benar akan ditunjukkan kepadanya jalan-jalan Kami”
(Surah Al-Ankabut : 69)

doakan salina istiqamah. serius, doakan ye. ;)

*********************************************************************************************
salina ada sahabat, hidupnya salina rasa [walaupun hanya rasa, tapi salina yakin benar]
amat-amat berpandukan ajaran Allah [ye, memang itu yang sepatutnya].
walaupun kami jauh, sentiasa saje dia bagi nasihat dan tunjuk ajar,
baek melalui penulisan mahupun lisan.
salina hargai dia sebagai sahabat, antara sahabat yang banyak perbetulkan diri salina sebagai hambaNya.
dia salah satu penyebab salina buat satu 'turning point' dalam diri,
dan alhamdulillah, i'm content.

tidak mahu elaborate panjang, biarlah jadi peribadi diri sahaja.


boleh tak kalau salina cakap salina sayang dia juga? lillah inshaAllah.

[haih, ukhuwwahfillah (inshaAllah) ini unik, buat kita senyum sorang2 ;p ]

manis iman dalam ukhuwwah, antaranya..
"Dia membenci sahabatnya dilontarkan ke neraka, sebagaimana dia membenci
dirinya sendiri dilontarkan ke sana."
dan saya yakin, sahabat saya yang satu ini, adalah begitu orangnya.

ye, mahu jadi seperti dia.
buat sahabat2 semua, salina sayang anda juga.
yang jauh, yang dekat, semua sama.

pimpin tangan sama-sama ke syurga jom, kalau salina 'ke neraka',
salina pinta sungguh2 supaya anda 'tarik tangan salina kuat-kuat, ikut anda ke syurga.'

yang terkenal dengan sifat 'ignorance' [high level punya!] di kalangan rakan-rakan,
akhirnya menulis post 'sayang-sayang' di blog sendiri. siapa sangka? ;p

*blush*
noorsalinamohdbaharuddin


April 2, 2011

:: kain buruk ::


bismillah.

XXI pakai tudung, tapi perangai dia macam hantu!
XXII tak pakai tudung, tapi dia baek giler!

huuu, selalu keliru, yang mana satu lagi baek?

yang mana satu nak buat kawan?
[mestilah nak kawan dengan XXII, sebab dia baek]

yang mana satu Allah lagi suka?
[XXII tak pakai tudung, tapi, Allah mesti tengok hati dulu kan?]

yang mana satu kita nak mintak tolong?
[XXII tak pakai tudung, tapi dia macam boleh dipercayai]

yang mana satu kita nak mintak nasihat?
[XXI la kot, sebab yang pakai tudung ni mestilah ilmu agama dia tinggi sket kan]

yang mana satu???
[entah!?!]

Sesungguhnya XXI dan XXII, kedua2nya adalah dalam keadaan rugi di sisi Allah.
Janganlah kita nak persoalkan yang mana satu lagi disukai Allah.
Allah ada pertimbangannya sendiri.
Percayalah pada perintah Allah, menutup aurat disamping
memiliki hati yang takutkan Allah, itu adalah lebih baek.

Jika XXI yang telah menutup aurat, tapi menampakkan 'kehantuannya',
itu adalah salah dan silapnya sendiri.
Jika XXII yang memiliki hati yang baek, tapi hati tersebut tidak mampu
mendorong dia menurut perintah Allah dengan menutup aurat,
itu juga adalah salah dan silapnya sendiri.

"pandang Islam pada agama dan aturannya, bukan semata-mata kepada penganutnya sahaja"
-someone-

p/s (1) : pesanan pada XXI - bagus menutup aurat, sebab itu wajib.
tapi jangan pula guna "kain buruk" semata, sebab orang ramai tak suka. :)

p/s (2) : pesanan pada XXII - bagus memiliki hati yang baek, alhamdulillah Allah suka.
tapi jangan pula "tak pakai apa2" untuk pertahankan hati yang baek tu. :)

p/s (3) : pesanan pada XX - moga tidak tergolong dalam golongan XXI atau XXII. :)

inshaAllah, moga Allah berkati.

noorsalinamohdbaharuddin



March 17, 2011

:: golden ages ::

bismillah.

nak share satu klip yang sangat-sangat menarik hati ;)





salina



March 10, 2011

:: dah rasa? ::

bismillah.

Sabda Rasulullah SAW:

"Tiga perkara yang barangsiapa terdapat (ketiga-tiga perkara itu) padanya nescaya dia memperolehi kemanisan iman (iaitu) :

..Allah dan Rasul-Nya adalah lebih dia cintai daripada selainnya,
..dan dia mencintai seseorang semata-mata kerana Allah,
..dan dia benci untuk kembali kepada kekufuran (maksiat) sebagaimana dia benci dilemparkan ke dalam api neraka".

(Hadis Sahih Riwayat Bukhari dan Muslim)

p/s: dah buat tiga2? kalau tak buat, memang tak merasa la manisnya!

noorsalinamohdbaharuddin

February 24, 2011

:: sesaat dua lagi, mungkin? ::



betul, perubahan memerlukan masa.
tapi, sudah berapa banyak masa telah digunakan?

owh, tidak sabar nampaknya saya ni.
okeh, mungkin masa yang diperlukan hanya lagi sesaat dua.
jangan mudah mengalah, inshaAllah.

janji Allah itu pasti.
ambil masa, duduk, dan fikir.
fikir pasal hidup kita.

p/s: usaha sehabis baek, jangan lupa juga berdoa pada Dia Yang Maha Mengetahui segala.

noorsalinamohdbaharuddin


February 8, 2011

:: it's there, but it's invisible ::

bismillah.

Allah SWT tak pernah bagi kita exam bertulis, kan?
hmm.. bila dibangkitkan, ade yang akan cakap, kena exam dengan diri sendiri kalau bab2 agama ni.
tapi pernah ke kita fikir, macam mana susahnya nak exam dengan diri sendiri?

dari pandangan saya, susahnyerrr lah nak exam dengan diri sendiri.
muhasabah memang senang [senang cakap saje].
ingat balik apa yang kita dah buat, perbetulkan niat etc..
kalau saya, memang selaluuuu sangat buat, tak tipu..
[tapi, soalannya, kekal ke?]
alhamdulillah, setiap kali berkumpul,
mesti ada peringatan muhasabah dari kawan2, alhamdulillah 3x.

tapi, 'exam' dengan diri sendiri ni banyak sangat toleransi.
ye, TOLERANSI.
andai kata Allah SWT buat annual exam by the end of the year,
tapi dengan diri sendiri je, just you, no one else nearby...
mesti nak jawab exam pun tak semangat, takde saingan.
result pun entah dapat kat dunia entah tidak,
atau Allah akan bagi sekaligus nanti masa kat akhirat?


....................
[to be continued]
salina

January 10, 2011

:: Khadija ::


"The loss of Abu Talib may have placed Muhammad in a precarious situation,
but the death of Khadija left him absolutely devastated.
She was, after all, not only his wife, but also hhis support and comfort,
the person who had lifted him out of his poverty,
who had quite literally saved his life.

In a polygamous society,
in which both men and women are allowed an unlimited number of spouses,
Muhammad's monogamous relationship with a woman fifteen years his elder was remarkable,
to say the least.

Maxime Rodinson's assertion that it is unlikely Muhammad would have felt any physical passion for Khadija,
given her age, is both unsubstantiated and offensive.
The loss of Abu Talib's protection was certainly demoralizing,
if not detrimental to Muhammad's physical security.

But returning home after one of his painfully violent revelatory experiences,
or after suffering another indignity from the Quraysh -
his head covered in dirt, his tunic defiled with blood -
and not having Khadija there to wrap him in her cloak and hold him in her arms until the terror subsided must have been an unimaginable sorrow for the Prophet."

.................................................................................................................................

this is an excerpt from "No God but God" by Reza Aslan.
it's a not-so-old book that I'm currently skimming through.
the book is suprisingly hard to put down!
[tapi, halaju pembacaan amat amat amatlah slow............]

inshaAllah will be finished sooooon!

p/s: sedang menulis di satu tempat yang subhanallah, amat indah. macam tak percaya tercampak ke tanah Allah yang walau terpencil, tapi amat indah. sayang Allah! :)

NoorSalinaMohdBaharuddin


January 2, 2011

:: happy , unhappy ::


"All happy families are alike; each unhappy family is unhappy in its own way."
-Leo Tolstoy-


salina

November 27, 2010

:: Look! ::

who are you looking at?
who is looking back at you?
who are you looking for?

Who we are looking for is Who is Looking!


gambar dari google

noorsalinamohdbaharuddin

November 24, 2010

:: benar ::

bismillah.

benar.
kalau belajar agama, mesti berguru.

benar.
kalau berguru, ilmu lagi terkesan di hati.

benar.
kalau terkesan di hati, impaknya lagi besar.

benar.
kalau impaknya lagi besar, semoga kita terus berusaha dan istiqomah.

terima kaseh guru :)

noor salina mohd baharuddin

November 18, 2010

:: ba alif cha alif ::

bismillah.

"suddenly, life has a new meaning.."
heheh, takdelah! ;p
[teringat waktu kat Taylor's, notis ni selalu pop up kat computer the Web, ngeh3]

okeh, serius.
nothing much, just want to share some ideas on 'reading'.

..satu cerita..
i've been studying molecular biology at the library sooo hard yesterday,
till at one point, i ordered a 'DNA-glazed donut' at the Tim Horton!
malu tak terkata of course, since there were few fellow classmates
lining up behind me, well, yeah, they giggled incessantly, and...
i joined them. [to avoid malu] ;(

ohh, giggling yeh? huh, but somehow i was delighted.
when i think about it again today, that reflects how hhaarrdd i studied yesterday. hik3 ;p

back to the topic: reading

lately, it feels like reading is in again.
yeah, i enjoy reading so much.
if i have nothing better to do, i know i can always get a book,
and get INto the book, and... live in a new world. hua3

well, honestly, like i said, just the feelings though.
somehow, i don't have enough time to spend on both studies and 'reading-for-the-joy-of-it'.
maybe because of my poor time management. i admit that.
lab reports, assignments, problem sets, and tests are every week. dizzy.
[haippp! jangan mengeluh, okay2..]

but, for the sake of 'reading', i do some blog hopping whenever i'm free.
blog hopping is not the same as blog walking though.
i bookmarked the blogs that i always 'hop into'. ;p
plus, they are the blogs that are cool, i admire the bloggers
and their writings are just awesome!

but, there are some people who.. just don't like reading.
not that they hate it, just that reading is not in their routines or..
reading is not the first thing to do during the free time.
who am i to judge them? no, i'm not judging them, i'm just saying..

.........................................................................................................................

well, let me quote some words from kak hanim's blog,

"Suatu ketika dahulu Moshe Dayan (bekas Menteri Luar Israel), menyatakan secara terbuka
cita-cita dan keinginan negaranya.(membina Israel Raya dari Nil ke Furat).

Dia mendapat serangan dan kecaman dari bangsanya, kerana mereka khuatir pernyataannya
itu dibaca oleh bangsa Arab (umat Islam) dan rencana jahatnya diketahui.
Namun dengan tenang ia menjawab serangan kaumnya, katanya:

“Tenanglah, percayalah padaku, bangsa Arab (dan juga Melayu – penterjemah) tidak akan
membacanya, kerana mereka tidak suka dan malas membaca”.

Inilah kenyataan pahit yang dimiliki suatu umat yang ayat pertama dalam kitab yang
diturunkan kepadanya memerintahkan; “Iqra” (bacalah).

"Ternyata mereka malas dan tidak suka membaca. Kalaupun membaca, mereka tidak pandai
memahami, kalaupun memahami, mereka tidak bersungguh-sungguh dalam melaksanakannya."

(Dr. Yusof Qaradawi). "

............................................................................................................................

is this true?
hmm. just like what kak hanim said,
'jangan cuma mengutuk kegelapan tanpa cuba menyalakan lilin.'

jom membaca!
sempena raya korban ni, jom kita korbankan video2 kat youtube [sedikit pun ok!]
dan gantikan dengan aktiviti membaca.
ye, salina faham, dah selalu sangat membaca kan?
chemistry, calculus, biology, physics, etc.
semua kena baca. tapi, apa salina maksudkan adalah buku-buku selain buku-buku akademik.

boleyhhh punyer!
nak start dengan apa jenis buku pun boleh!
'winning habits'? 'salju sakinah'? 'the 7 habits of highly effective people'? 'sahih al-bukhari'?
boleh boleh boleh. apa saje untuk starter. ;D

inshaAllah, bacalah apapun, asalkan bermanfaat.
selamat membaca! ;))

p/s: saw some great books at a friend's house in Toronto, tapi sebab owner [senior punyer kot?] takde, takleh pinjam ;((
sampai sekarang kempunan.


noorsalinamohdbaharuddin

November 11, 2010

:: love 'you' later ::

bismillah.

"Kecuali orang-orang yang bertaubat sesudah (ingkar) itu,
serta memperbaiki keburukan mereka,
maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun,
lagi Maha Mengasihani."
(Ali-'Imran:89)

okeh.
nekad.
firm.

love 'you' later. [if "later" is possible, inshaAllah]
no time for this.
this love, nafsu semata.

" Cara untuk melupakan cinta bukanlah dengan memikirkan cara melupakannya. Itu bukan lupa, tapi mengingati cinta secara melupakannya!

Sesungguhnya kaedah terbaik untuk melupakan cinta, ialah dengan menyibukkan diri dengan hal-hal lain yang lebih sesuai dengan masanya.

Sibukkan diri dengan pelajaran dan pengajian seoptima mungkin.

Sibukkan diri dengan kerja-kerja persatuan, aktiviti kemasyarakatan dan lain-lain kegiatan yang bersifat "memberi". "

-ustaz hazrizal-

sorry, really need to post this.
made a promise, mahu lebih ramai saksi, supaya promise tertunai [from my perspective, only]


NoorSalinaMohdBaharuddin


August 3, 2010

:: suntuk ::

assalamualaikum wbt.

banyak benda nak kongsi..
[benda? eh, bukan2! cerita la]

tapi, oleh kerana banyak hal yang berlaku dalam masa beberapa bulan lepas,
masa untuk ber'blogging' juga suntuk..
[tapi sebenarnya, pengurusan masa saya adalah amat buruk! taknak tipu.. huu~]

inshaAllah, akan cuba sedaya upaya untuk terus 'update' dengan bahan2 ilmiah..
[berazam ni! inshaAllah!]

buat masa sekarang, jom hayati hadith Baginda s.a.w ni..

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
"Sesiapa yang memberi contoh yang baik dalam Islam,
maka ia akan memperoleh pahala dan pahala orang yang beramal selepas ia meinggal
tanpa kurang sedikit pun daripada pahala mereka,
dan siapa yang memberi contoh buruk di dalam Islam,
maka ia akan mendapat dosa dan dosa orang yang beramal dengannya selepas ia meninggal dunia tanpa kurang sedikitpun daripada dosa mereka."

Riwayat Muslim

sumber: JAKIM

wallahu'alam..

till the keyboard being 'beaten' again,
Salina

July 24, 2010

:: damai bersamaMu ::


bismillah...

Aku Termenung Di Bawah Mentari
Di Antara Megahnya Alam Ini
Menikmati Indahnya Kasih-Mu
Kurasakan Damainya Hatiku

Sabda-Mu Bagai Air Yang Mengalir
Basahi Panas Terik Di Hatiku
Menerangi Semua Jalanku
Kurasakan Tenteramnya Hatiku

Jangan Biarkan Damai Ini Pergi
Jangan Biarkan Semuanya Berlalu
Hanya Pada-Mu Tuhan
Tempatku Berteduh
Dari Semua Kepalsuan Dunia

Bila Ku Jauh Dari Diri-Mu
Akan Kutempuh Semua Perjalanan
Agar Selalu Ada Dekat-Mu
Biar Kurasakan Lembutnya Kasih-Mu


Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia
melainkan permainan yang sia-sia dan
hiburan yang melalaikan dan
demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik
bagi orang-orang yang bertakwa.
Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir?
(Al-An'am:32)

rujukan: Nasyid Damai BersamaMu by Marjan (ori by Chrisye)

my exact feeling at each + every + single sunset moment, everyday ..
[hopefully, sunset is not the only moment that will "wake me up", hmm?]

Salina

July 7, 2010

:: yang benar-benar, dan sebenar-benarnya ::


people keep complaining about life..
life makes them miserable,
life is not as interesting as they want it to be,
life is always unfair to them,

and..

others trouble them so much,
others always mistreat them,
others come and go,

also..

they want to be appreciated,
they always want the best only for themselves,
they often think inside the box and from the negative sides.

how life is supposed to be?
what others supposed to do?
why they keep complaining?

SO DO I! i repeat, SO DO I!!
blah.. langsung tak bersyukur!!


yang benar-benar, dan sebenar-benarnya khyusu' bersolat...
yang benar-benar, dan sebenar-benarnya menjauhi maksiat...
yang benar-benar, dan sebenar-benarnya berzakat...
yang benar-benar, dan sebenar-benarnya menjaga kehormatan...

rujukan: surah al-mukminun

"Kecuali orang-orang yang mengerjakan
sembahyang. Yang tetap dalam mengerjakan
sembahyang itu."
(Al-Ma'arij : 22-23)

Allah Ta'ala telah mengecualikan mereka itu
dari jenis manusia yang sentiasa berdukacita dan
tidak sabar, tatkala ditimpa kesusahan, dan tidak
bersyukur, tatkala mendapat kesenangan!

"Dan dirikanlah sembahyang itu, sesungguhnya
sembahyang itu melarang perbuatan keji dan
mungkar, dan sesungguhnya mengingati
Allah itu lebih utama."
(Al-Ankabut: 45)

Seolah-olah Allah berkata, bahawasanya
orang yang sebenar-benar sembahyang, bukanlah
orang yang selalu berdukacita atau sentiasa
berkeluh-kesah dan tidak bersyukur!


dunia..
ia adalah tempat tinggal sementara yang akan binasa..
tidak berapa lama lagi, kita akan berpindah daripadanya menempuh alam akhirat..
segala harta benda yang dikumpul, akan ditinggalkan..
sebab itu, tak dituntut utuk mencari dan mengambil berat akannya..

rezeki..
Allah yang tentukan..
kalau dah berusaha, tunggu ganjarannya..
kalau tak cukup, sabar dan redha aje!
Allah ada rancangan lain maybe?
harta? perempuan? lelaki? pangkat? kebahagiaan? kesenangan?
semuanya ketentuan Allah!
kalau nak, usaha.. kalau tak dapat, BERDOA JANGAN PUTUS!


sahabat..
moga Allah sedarkan diriku dan dirimu dari kelalaian,
dan Dia menunjukkan diriku dan dirimu kesediaan untuk berpindah dari dunia yang fana ke dunia yang abadi..
AllahuAkbar!

rujukan: Nasihat Agama dan Wasiat Iman (Imam Habib)

buat yang benar-benar
NoorSalinaMohdBaharuddin

June 24, 2010

:: Islam ::


agamaku bukan satu kebetulan,
tetapi satu pilihan...

agamaku bukan sesuatu yang dinanti-nantikan,
tetapi perlu diusahakan dan dicapai...

dan, agamaku bukan memundurkan,
tetapi menjadikan aku cemerlang...


"Telah pasti datangnya ketetapan Allah, maka
janganlah kamu meminta agar disegerakannya.
Maha Suci Allah dan Maha Tinggi dari apa yang
mereka persekutukan."
(An-Nahl : 1)

agamaku Islam,
dari dapur bonda

May 14, 2010

:: jawapan ::


"Wahai orang-orang yang beriman,
mengapa kamu mengatakan sesuatu yang
tidak kamu kerjakan? Besarlah kemurkaan
di sisi Allah jika kamu mengatakan apa yang
tidak kamu kerjakan."
(Surah As-Saff:2-3)

gedushh, tepat atas muka..
betul kata orang, kalau resah, buka je tafsir..
mana ayat first yang jumpa,
mungkin itulah jawapan Allah pada kita..

sangat benar!

there were so many times before i did so,
and yes,
i got the answers..

ingat salina, semua bukan sempurna..
kamoo juga langsung tidak sempurna..
terima kelemahan diri sendiri dan orang lain!



tak sabar menunggu..
Noor Salina Mohd Baharuddin

March 30, 2010

:: what happened in Moscow? ::


hmm, confusing..
everyone put the blame on Islam..

what was exactly happened in Moscow?

[bukan malas nak cari.. saya cari, tapi takot salah tafsir maklumat.. :D]


yang tak berapa fasih english,
Salina