Pages

Showing posts with label halaqah/al-kuliyyah. Show all posts
Showing posts with label halaqah/al-kuliyyah. Show all posts

May 4, 2010

:: berhias ::

first of all, really sorry.. this is a very very very rough notes of the tazkeerah.. 'malas' edit [fullstop!] kalau tak faham mana2 isi, dialu-alukan bertanya.. most of the points here are applied to the women in Islam.. wassalam~

al-kuliyyah: 19 Mac 2010


::Berhias::

Panel: Wardina Saffiyah
Ustaz Uda Kassim

-berhias ni untuk siapa?
-berhias ni kenapa?
-Nabi s.a.w nak pegi masjid pun, Baginda berhias..
-mandi dulu, pakai baju bersih, etc..

perhiasan terbahagi kepada 2..
-zahir dan batin
-zahir; perhiasan dari luaran, fizikal..
-batin; perhiasan hati, iman and etc..

Surah An-Nur: 31
-jangan zahirkan perhiasan yang tak zahir..
-yang dibenarkan hanyalah muka dan tapak tangan..
-selain dari yang dua ni, yang lain mesti disembunyikan!
-kalau dizahirkan, berdosalah kita!
-even siku or tumit, buku lali pun, still haram dizahirkan..
-wajib ditutup semuanya..
-nak berhias, berhiaslah.. tapi jangan zahirkan mana yang 'batin' (yang tak boleh)..

-nak bincang hal ni, kena based on al-Quran and sunnah..
-takleh biar perempuan yang tentukan..
-hadith Nabi: wanita itu adalah aurat.. (riwayatnya, saya lupa catat! nanti akan di'update'kan inshaAllah)
-konsep berhias adalah berpakaian kemas, bersih dan segar sentiasa..

dari segi konsep yang menggunakan wanita sebagai model iklan commercial;
-wanita tak perlu diperdagangkan, dieksploitasi oleh sape2..
-wanita ni mahal..
-tak perlu bukak aurat semuanya untuk melariskan sesuatu produk..

-hadith Nabi; wanita yang solehah itu adalah apabila dilihat, hati
jadi tenang.. (once again, saya lupa catat riwayatnya! saya update nanti inshaAllah)
-wanita mesti berhias.. tapi hanya untuk suami!
-wanita solehah sejati, berhias hanya semata-mata untuk suami..
-perhiasan yang dibenarkan, gincu nipis + cincin + gelang..
-nak pakai gelang pun ada caranya.. lapik ngan kain.. tutup lengan..

-nak berhias ni, bukanlah boleh ikut hawa nafsu..
-kena berlandaskan al-Quran dan Sunnah..
-wanita ni asalnya dirumah.. boleh keluar hanyalah kerana darurat..
-darurat? jadi, kenalah jaga aurat time darurat tu..

berhias time kahwin..
-bahan pertikai; siti aishah dihias oleh asma' time nak kahwin..
-tapi itu peristiwa yang berlaku sebelum turunnya ayat aurat..
-ayat suruh tutup aurat turun 9 hijrah, selepas peristiwa tersebut..

-boleh berhias, tapi berpada2..
-tak payah bersanding, haram..
-pegi jumpa tetamu pun, tak boleh pakai make-up tebal2..
-make-up biasa je..
-memang lah raja sehari, permaisuri sehari..
-tapi, jaga lah..

penjagaan diri..
-hilangkan jerawat, cabut uban, tanam rambut, baiki gigi..
-dituntut kalau untuk suami, dan kalau membawa aib..
-nak pakai emas, pakai lah banyak mana pun, dengan syarat,
pakai dengan lapik kain (tutup aurat lengan), dan wajib bayar zakat kalau dah cukup syarat..

masalah:
-serumah dgn ipar duai..
-serumah dgn wanita bukan islam..
-auratnya sama sahaja..
-jadi, bagaimana cara nak jaga? susah!
-tapi, jagalah! jagalah didunia ni.. diakhirat nanti ganjarannya besauu~

-suami suruh berhias, melanggar syarak..
-'janganlah ikut makhluk yang salah'
-jadi, suami yang salah, dan boleh tuntut cerai..

wanita solehah adalah wanita yang dipuji didunia dan dilangit..
berapa bnyk bunga-bunga yang cantik, tapi takde bau..
nak jadi bungan yang wangi, yang disanjung oleh para anbiya' dan orang-orang langit..

ya Allah..

berhias hanya untuk dia..
mengejar pangkat disyurga..
inshaAllah..
amin ya rabbal 'alamin..

:: hati mati ::

first of all, really sorry.. this is a very very very rough notes of the tazkeerah..
'malas' edit [fullstop!] kalau tak faham mana2 isi, dialu-alukan bertanya.. wassalam~


Ustaz Mustaffa Kamal Hamzah - Hati Mati
Kitab: Minhajul Abidin, m/s 9 , baris 4
Tempat: Masjid Jamek Pengadang Baru, Kuala Terengganu

kadang2 kita rasa seperti nak melakukan amalan dan ibadah kepada Allah..
hati kita selalu ajak kita nak buat baik..
lebih2 lagi kalau berada dalam majlis ilmu, cita2 melambung..
tapi, bila balik rumah, hati surut..
nak buat apa2 pun tak jadi..

ini berlaku kepada sahabat Nabi s.a.w..
dia tanya Nabi s.a.w: "Ya Rasulullah, ketika aku berada dlm masjis ilmu, aku bercita2 bersungguh2 nak buat ibadah, tapi bila pulang ke rumah, hatiku liat mengerjakannya."

ini membuktikan, bahawasanya ramai manusia ingin, dan bercita2 melakukan amal ibadah..
tapi, nafsu mengatasi niat ini..

maka, Imam Ghazali mengatakan 2 perkara..
cara2 nak atasi tembok penghalang ni..
yang pertama, bangkitkan rasa takut kepada Allah SWT..
yang kedua, bangkitkan rasa harap kepada Allah SWT..

bagaimana?
-memikirkan dosa/azab yang akan dikenakan kalau tinggal ibadah wajib..
-nak hasilkan rasa takut, antaranya adalah berzikir..
-bila berzikir, mulut kita sebut nama Allah, justeru membangkitkan nama Allah dalam hati..
-maka bila hati dh bergetar dengan nama Allah, maka bangkitlah rasa gerun/takut kepada Allah..
-bila teringat dalam hati, maka akan nampak kebesaran Allah..
-hendaklah kamu beribadat kepada Allah, seolah2 kamu melihat Allah, namun seandainya kamu tidak dapat melihat Allah, ingatlah bahawa Allah melihat kamu..
-bila berfikir tentang takut akan Allah, maka ahli2 tasawuf biasanya gerun kalau tak buat baek pada Allah..

-guru yang mursyid, kita akan ada rasa 'gulp!' kalau duduk dalam kuliah/majlis ilmu..
-ilmu tu bukanlah primarily kita dapat dari aktiviti membaca, tapi lebih kepada perasaan takut kepada Allah..
-kalau belajar ilmu, kena ada fakir diri (supaya tidak sombong dengan ilmu Allah),
dan kena ada dhaif diri (fikir bahawa ilmu ini adalah dari Allah), jahil diri dan lemah diri..
-kebergantungan semua hanyalah pada Allah swt..

-Uwais.. sahabat2 pergi cari dia, Rasulullah suruh..
-jumpa la dia dalam keadaan sembahyang sunat.. maka lepas die sembahyang, dia kata mereka inilah yang melihat aku sembahyang sunat..
-point kat sini, bahawasanya dia ni ikhlas/khusyuk sembahyang kepada Allah, sampai tak hiraukan orang laen..

-camne nak hidupkan hati, berzikirlah cara paling mudah..
-dah lah mudah, dapat pahala pun banyak gak, dapat barakah lagi, bersih hati lagi!
-powernya zikir.. bersih hati, disamping dapat pahala, dan timbul pulak rasa gentar pada Allah..
-sepatutnya masuk tahun baru, maken ingat pada Tuhan..

-laen cara lagi? cari guru..
-nak berjaya, biasanya ade guru, ade che'gu..
-contohnya, kita nak jadi berani, kenalah duk dengan orang yang berani..
-sama juga, duduk dengan che'gu alim, die sedikit sebanyak akan influence kita..
-kueh akan ikut acuan, klau acuan bentuk bintang, takkan jadi bentuk bulan bila masak..

-orang yang ma'rifat, die beribadah dengan rasa/feel bahawasanya Allah tu ade kat die..
-bila sebut AllahuAkbar, memang die rasa besar betul Allah itu.. semestinya!
-bila duk dengan tok guru yang rajin ibadah, anak murid pun akan turut rajin ibadah..
-mcm ni lah jugak ajar anak, nak anak buat baek, kita dulu kena buat baek..
-inshaAllah, mudah2an Allah permudahkan..

-tidak ade perkara lain yang menyebabkn seseorang manusia itu takut dengan Allah..
-sebab tu moga2 dalam ibadah kite, kene ade takut dan harap pada Allah..
-bila dah takut, timbul harap pada Allah, maka orang itu akan rajin melakukan pada Allah..
-dan berpalinglah die dari maksiat atau keseronokan atau kemalasan, dan menujulah die kepada keni'matan dan kemanisan iman.

-3 perkara (pesanan dari ayah kepada anaknya) kalau nak rasa ni'mat atas dunia ni,
*makan biar sedap
*tidur biar lena
*kawen biar ramai

-ayahnya ahli sufi, dan maksudnya adalah tersirat..
-tapi anaknya salah tafsir..

-isi tersiratnya adalah:
*makan biar sedap
(hendaklah makan bila benar2 lapar-kena bnyk berlapar, bila makan baru best!)
*tidur biar lena
(jangan tidur banyak, bila mengantuk betul2 baru tidur, lepas penat beribadah baru tidur, baru la ni'mat!)
*kawen biar ramai
(rajin merantau, cari ilmu, dan bile balik umah, tiap kali balik umah, rasa mcm pengantin baru.. -tak berapa paham jugak, kate ustaz, budak2 tak paham nie.. ;? )

-2 kebinasaan yang besar (walaupun dalam keadaan ibadah):
*riya'
*ujub

-ibadah yang sia2, tidak diterima oleh Allah..
-memang mudah sangat hadir dalam hati, kadang2 maen terdetik je..
-jangan menidakkan hak Allah, latih diri supaya gentar dan takut pada Allah..
-buat ibadah bukan kerana orang laen, tapi kerana Allah semata2..


"saya juga terlupa utk diam.."

"Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia berkata yang baik atau diam sahaja."
(Riwayat Bukhari & Muslim)


life does not rewind,
NoorSalinaMohdBaharuddin

January 3, 2010

::suami idaman hati::

suami idaman hati - halaqah (E101)

ustaz roslan dan datin zaleha.

ayat pilihan- surah an-nisa:34

lelaki adlh pemimpin..
kepimpinan dari segi 2 perkara:
-fizikal (kekuatan, kudrat, etc.)
-tanggungjawab (keselamatan, harta benda, pakaian etc)

nak kawen kena ada nilai tanggungjwb..
bercinta 6 taun, kawen 6 bulan saje (x bertanggungjwb)..

sifat pemimpin dlm rumahtangga, merupakn satu amanah yg besar..
spy bleh jd contoh teladan dlm keluarga..
antara sebab2 runtuhnya rumahtangga,
adlh kepincangan dlm kepimpinan sang suami..

suami contoh, suami teladan (peribadi, sikap dan perwatakan)
menjurus kpd rumahtangga yg sehat, selamat dan bahagia..

mencari suami idaman hati lagi penting dari mencari isteri idaman hati..
knp? kerana lelaki sbg sang suami adlh pemimpin..
isteri kurang elok, xpe, suami yg elok bleh elokkan balik isteri tu..
tp klau suami kurang elok, ssh, isteri elok blum tentu bleh elokkan balik suami itu..

suami ade 3 bentuk;
-cone
-ruler
-circle
(ni berdasarkn psychology analysis, stiap satu bentuk ade ciri2 tersendiri)

biasa klau wanita, nk cari suami idaman..
tgk ape?
tgk bentuk, saiz, rupa, harta..

'typical' wanita, nk suami yg camne?
nak suami mithali, bkn yg menyesali..
nak suami yg poket hensem, rupa x hensem xpe..
nak suami bijaksana, bkn di sini saje, tp di sana pun bijak..
nak suami lemah lembut, tp bkn yg 'sotong'..
nak suami yg ade sense of humor, tp serius bila perlu..
nak suami yg bertanggungjawab,
yg bleh tanggung di sini dan bleh jawab di sana..


pesan Nabi s.a.w, 'pilihlah di mana kamu hendak tumpahkan
air mani kamu, kerana zuriat itu sesuatu yang berpanjangan
."

(bkn exactly sebijik2 dari hadith)
mksdnya, suami kena berilmu, pndai memilih dan bleh memimpin..
supaya nnt isteri dan anak-anak bleh menolong
si suami dlm mewujudkan rumahtangga yg bahagia..

zaman skrg, kebahagiaan memandang pd harta, poket besar..
walau miskin harta, tapi jiwa n ilmu tinggi..
al-Qardhawi kate, isteri kena ingat,
suami yg baek adlh suami yg bleh memandu kpd ilmu yg baek..

yakni, suami bleh ajar isteri, tegur mane salah,
puji mane baek, bleh di bawa berbincang..


pesan Nabi s.a.w lagi, diukur seseorang itu krn 4 perkara,
antaranya;
-pilih yg beragama, maka bahagia dan sejahtera hidup.
(mnjadi ukuran dlm kebahagian hidup, cthnya, lau dpt 30A1 dlm subjek2 SPM,
tp E dlm subjek Allah (Al-Quran cthnya), maka definisi bahagia tdk tercapai)

-pilih yg berakhlak, supaya hidup terpandu dan tdk terpesong ke arah yg lain.

pilih suami, biasanya kehendak2 wanita berbeza dari segi peringkat umur..
yakni fizikal, emosi/nafsu, dan spiritual.

cthnya, time remaja, biasanya pilih pasangan berdasarkan rupa dan harta..
nak yg kacak, yg kaya, supaya bangga,
bahawasanya aku punyai suami yg kacak dan kaya.


time umur lepas remaja/muda/pertengahan,
biasanya nak puaskan nafsu dan emosi..

nak yg caring, yg memahami, dgr kata si isteri,
supaya hidup hepi je, xde gaduh2..


time umur nak agak2 tua plak,
biasanya nak yg bleh jd kawan, bersifat 'companion'..

nak yg bleh teman sampai ke tua, sbb takut sorang2..

suami adlh nakhoda..
kena ade sifat2 kepimpinan..
tegakkan agama dan iman dlm keluarga,
berdasarkn ijab dan kabul yg dilafazkan di tangga pertama perkahwinan..

bila suami dh bleh meng-nakhoda, memimpin sesebuah keluarga,
barulh suami bleh jd khalifah..

sbb seorang khalifah harus ade dan jaga amanah..
jgn tau kawen saje, lafaz ijab dan kabul, tp lepas tu hilang amanah..
jangan..

klau kawen kerana nak seronok2, nak ade isteri/suami chantek..
mmg ssh nak kekal, sbb xde wawasan..
matlamat kawen ape? ke arah ape?
klau si suami nk rumahtangga bercorak bujur,
maka bujurlah sistem yg harus diguna..

namun, kekuatan kena ada,
spy xde lah separuh jln saje acuan bujur itu..


klau nak kawen, kena ade perasaan suka dgn lelaki itu..
klau tak suke, susah nak hidup dgn org itu..
dari mata turun ke hati..
mcm mane nk tau suke ngan die?
bila jumpa, dup dap dup dap..
;p

berchenta lepas kawen..
lagi bagus! sbb ssh jemu..

konklusinya..
agama adlh yg plg penting,
krn asas rumahtangga yg bahagia ade dlm agama itu sndiri..

klau suami ikut telunjuk agama dgn serius,
die akan mampu memimpin isteri dan anak-anak sampai bila-bila..

namun, klau suami x ikut cara agama dlm mendidik,
memimpin, ssh utk rumahtangga itu kekal sentosa..


hal suami idaman ni, akhirnya berbalik kpd si isteri juga..
klau isteri x tolong, x bg sokongan dan dorongan,
x de saling bantu-membantu dlm menguruskan rumahtangga,
ssh juga si suami nak meng-nakhoda keluarga..

kesian suami, x berjaya mnjadi khalifah,
klau isteri tdk memahami dan membantu..

si suami pula, jgn ego, klau ade ape2 masalah,
jgn ditolak bantuan dari isteri..

x jatuh pun wibawa, malah lagi bagus,
sbb mgkin si isteri bleh melengkapi kekurangan si suami..

jd, jgn ego..

dlm hidup, jgn ade was-was..
pilih suami, jgn was-was dlm memilih..
bleh ke die bahagiakn aku? bleh ke aku hidup ngan die smpai bila2?
bleh ke die bimbing aku? bleh ke aku jd isteri yg terbaek buat die?
klau mula-mula dah was-was, ssh nak mulakan hidup baru..
kene ade keyakinan, ini mnjadi motivasi kita utk masa depan..

inshaAllah, suami idaman hati akan tiba..
yakni, dengan hadirnya isteri idaman hati sebagai pelengkap sang suami..

p/s: hmm, dua2 penting! suami penting, isteri pun penting!
nak kawen, tp blum bersedia jadi isteri.. cane? mamii~

loteng stewart
saya