Pages

February 21, 2010

:: sakit ::


Astaghfirullahal'azim..
Astaghfirullahal'azim..
Astaghfirullahal'azim..


dalam ramai2, saya rasa sorang2..
dalam gelak tawa, saya rasa sedih..
dalam takde masalah, saya rasa resah gelisah..
dalam sehat walafiat, saya rasa saket2..
dalam riuh rendah, saya rasa sunyi..
dalam mood happy pun, saya masih rasa kosong!

dah 'sakit mental' saya nie agaknya..
macam orang tak betul..
hilang arah tujuan..
tak tahu mana baek, mana buruk..
bodoh? jahil?

orang sekeliling salah faham..
orang sekeliling tak faham..
orang sekeliling tak cuba faham..
orang sekeliling buat-buat tak faham..
kesimpulannya, orang sekeliling taknak faham..

saya dah cuba macam2 style hidup baru..
hmm, agaknya style yang dipilih takde makna?
saya kena pilih style baru?
banyak lagi ke style baru yang available?
mungkin saya tak boleh putus asa sekarang..

Ibnu Qayyim al-Jauzi telah menuliskan:

“Sesungguhnya di dalam hati terdapat sebuah keterasingan
yang tak mampu diubati kecuali
dengan menyendiri bersama Allah azza wajalla.

Di dalam hati juga ada sebuah kesedihan
yang tak akan mampu diseka kecuali
oleh kebahagiaan yang tumbuh kerana mengenal Allah
beserta ketulusan hubungan denganNya.

Pun di dalam hati ada sebuah kegelisahan
yang takkan mampu ditenangkan kecuali
dengan berhimpun kerana Allah dan
pergi meninggalkan kegelisahan itu menuju Allah.

Di dalam hati juga ada suatu tuntutan kuat
yang tidak akan terhenti sehinggalah
Allah menjadi satu-satunya matlamat dan cita-cita.

Di dalam hati juga ada suatu keperluan
yang takkan pernah terpenuhi
kecuali dengan cinta-Nya, mengingati-Nya,
beserta keikhlasan yang tulen terhadap-Nya.

Bahkan jika hati ini
DIBERI DUNIA SELURUHNYA BESERTA SEGALA ISINYA,
keperluan itu tetap tidak terpenuhi selagi
tidak mengharap penuh kepada Allah azza wajalla..”

alangkah benar…

saya harus membuat keputusan.

loteng stewart
Noor Salina Mohd Baharuddin

0 comments: