Pages

February 28, 2010

:: jika...maka ::


jika hidup hanya nak mengutuk kegelapan,
mengutuk kejahilan,
mengutuk kehinaan,
mengutuk kelemahan,

tapi tidak berusaha langsung ke arah pembaikan diri..
tidak mencuba langsung ke arah pengislahan diri..
tidak berkeinginan langsung untuk berjalan keluar ke arah cahaya..
tidak mengimpikan langsung kemanisan agama..

maka janganlah nanti hanya terkapai-kapai
menjawab persoalan Yang Maha Agung
pada hari yang 'tidak dinanti-nantikan'..
yakni Hari Pembalasan..

jawapan apakah yang akan disediakan,
andai Yang Maha Agung menyoal...

'apakah yang kamu telah lakukan di bumi'?

nauzubillahiminzalik, aku tidak mahu..
tidak mahu langsung!
hidupku berpuluh-puluh tahun tersia-sia begitu sahaja..

peterborough
Salina

0 comments: