Pages

March 30, 2010

:: gurauan Baginda s.a.w ::


assalamualaikum w.b.t...

dah lama tak post info baru...
kering dah blog nie...
takpe2, meh ler salina update sikit..

nak kasi 'happy' kat wanita-wanita muslimah yang dirahmati Allah sekalian..

Nabi Muhammad s.a.w. bergurau dengan 'sweet'nya..

عَنِ الْحَسَنِ ، قَالَ : أَتَتْ عَجُوزٌ إِلَى النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم ، فَقَالَتْ : يَا رَسُولَ اللهِ ، ادْعُ اللَّهَ أَنْ يُدْخِلَنِي الْجَنَّةَ ، فَقَالَ : يَا أُمَّ فُلانٍ ، إِنَّ الْجَنَّةَ لا تَدْخُلُهَا عَجُوزٌ ، قَالَ : فَوَلَّتْ تَبْكِي ، فَقَالَ : أَخْبِرُوهَا أَنَّهَا لا تَدْخُلُهَا وَهِيَ عَجُوزٌ إِنَّ اللَّهَ تَعَالَى ، يَقُولُ : إِنَّا أَنْشَأْنَاهُنَّ إِنْشَاءً ، فَجَعَلْنَاهُنَّ أَبْكَارًا ، عُرُبًا أَتْرَابًا


Hasan al-Basri RA meriwayatkan: Seorang wanita tua datang menghadap Rasulullah SAW. Beliau berkata: “Wahai Rasulullah, doaakanlah daku kepada Allah SWT mudah-mudahan aku masuk syurga”. Nabi SAW bersabda: “Wahai ibu Fulan! Sesungguhnya syurga itu tidak akan dimasuki oleh wanita tua”. Seterusnya al-Hasan berkata: Wanita tua itu berpaling sambil menangis”. Maka Rasulullah SAW bersabda: “Tolong beritahu kepada wanita itu, bahawa dia tidak akan masuk syurga dalam keadaan tua (kat syurga nanti dia akan menjadi muda balik). Sesungguhnya Allah Taala telah berfirman: “Maka Kami jadikan mereka gadis-gadis perawan, penuh cinta lagi sebaya umurnya”
- Surah al-Waqi’ah 36-37.




rujukan: ustaz fahmi

inshaAllah
Noor Salina Mohd Baharuddin


2 comments:

Anonymous said...

Di syurga nanti lelaki2 akan dikelilingi oleh bidadari2 syurga.. tetapi wanita yg solehah, yg dicintai dan dihormati oleh suaminya.. akan jadi ketua kepada bidadari.. bukankah itu indah?

saLiNa said...

ooo.. a'ah,indah! *angguk tiga kali*