Pages

January 9, 2010

::Lembu itu Guruku::

Lembu bagiku adalah haiwan yang cantik dan segak

Sungguh malang bagiku kerana aku hanya dapat
mengambil pelajaran daripada lembu ketika usiaku lewat muda
Semuanya bermula selepas aku mendirikan rumahtangga ketika usiaku 21 tahun

Aku telah dikurniakan dua orang anak

Aku bertuah kerana telah berkahwin dengan seorang wanita yang tinggal di kampung
Baik orangnya, banyak berkorban untuk diriku
Pemandangan di kampung indah
Jalannya tanah merah
Kelapa sawitnya banyak
Pernah sekali aku menolong bapa mertuaku mengutip sawit

Selain balik ke kampung untuk berjumpa ayah dan ibu mertuaku
Sejak akhir-akhir ini aku juga merindui untuk berjumpa lembu-lembu yang sedang meragut rumput

Aku memerhatikan lembu-lembu itu
Sihat badannya, segak dan cantik rupanya
Tidak seperti aku, semakin hari sekarang semakin kurus
Aku melihat lembu-lembu itu meragut rumput
Aku menunggang motor ayah mertuaku dengan anakku Aiman dan saudaranya Amjad
Aku mengucapkan salam sejahtera kepada lembu-lembu itu
Anakku dan saudaranya mengikut
Aku lihat lembu-lembu itu sungguh amanah
Memakan rumput tiada letih

Tiba-tiba datang tuannya
Dengan roton nipis
Memanggil lembu-lembunya yang sudah memasuki kawasan orang
Kebanyakan mereka menurut
Mereka kenal tuan mereka
Ada di kalangan lembu itu yang sedikit nakal
Tidak mengendahkan panggilan tuannya
Tuannya merotan mereka dengan lembut
Segera lembu-lembu itu menurut

Ah, itu satu tamparan bagi diriku
Kadang-kadang aku lupa siapa Tuanku
Bahkan aku sering tidak mengendahkan panggilanNya
Tuanku banyak ‘merotan’ku dengan lembut
Tapi aku masih tidur
Apakah aku mahu menunggu bumi ini terbelah baru aku sedar
Apakah aku mahu termasuk dalam bilangan 999 daripada 1000 orang itu?

Aku membaca ayat-ayat suci al-Qur’an:

“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu seperti binatang ternak…”

Aku berhenti sejenak di ayat itu
Aku tersinggung
Aku tersinggung kerana lembu adalah haiwan ternakan
Tetapi lembu adalah haiwan yang amanah
Melaksanakan perintah Allah tanpa pernah membantah
Aku meneruskan bacaanku:

“Bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai." (Al-A’raf:179)

Barulahku tahu, bahawa Tuhanku ingin menyinggung diriku

Kemudian aku berkata kepada lembu-lembu itu:
Wahai lembu guruku
Aku telah dikurniakan Allah untuk membuat pilihan
Memilih yang baik atau yang buruk
Tetapi engkau guruku
Tidak mempunyai pilihan
Kamu hanya menjalankan amanah Allah
Yang dipikulkan ke atas bahumu

Wahai lembu guruku
Terima kasih atas pengajaranmu
Besar jasamu padaku
Ajaran yang akan aku ingat sampai ke akhir hayatku

Akan tetapi wahai lembu guruku
Izinkan aku agar menjadi lebih baik daripada dirimu
Kerana itu perintah Tuhanku dan Tuhanmu
Agar aku dapat berjumpa Tuhanku
Dan melihatNya dengan pandangan yang terang
Pada hari Kemudian nanti
Semoga Allah mengizinkan aku melihatNya
Walaupun sebentar

Salam sejahtera ke atasmu lembu wahai guruku
Semoga Allah merahmati dirimu

sumber: malakian's blog

peterborough,

noorsalinamohdbaharuddin

3 comments:

Qaseh Adriana :) said...

salam.mohon utk dicopy;)

saLiNa said...

salam..
takpe nas, silakan aje nak
'kopi n pasta' yg mane2..
xperlu minta kebenaran, k?
:D

wassalam~

fatihah said...

suka=)