Pages

January 30, 2010

::Allah Maha Suci::

"Sungguh engkau tidak dapat memberi petunjuk
kepada orang yang engkau kasihi,

tetapi Allah memberi petunjuk
kepada orang yang DIA kehendaki,
dan DIA lebih mengetahui orang-orang yang mahu diberi petunjuk."
(Surah Al-Qasas:56)

-berbahagialah wahai akh Abu Bakr-
^__^

http://www.youtube.com/watch?v=EpssVOcq10c
::a must watch clip::

peterborough
NoorSalinaMohdBaharuddin

January 18, 2010

::On Time::

sabda Baginda Rasulullah s.a.w. yg amat2 disayangi:

"Dijadikan bagiku bumi ini sebagai masjid."
(Hadith riwayat Bukhari)

dulu2, segan sungguh nk solat bila x jumpa tempat yg namanya
surau/masjid.. bnyk pikir, bnyk alasan dlm kepala,
sampaikn solat pun lewat2, kdg2 sampai nk terlepas waktu!

lama2, alhamdulillah..
brjaya jgk set the priority right, reformat minda..

'All that matters ialah perintah Allah utk solat,
and we should try our best to do it ON TIME!'

asalkan tempat tu bersih, bleh je kan?
throw away all the excuses and hesitations..

adjustlah aktiviti kite according to waktu solat,
bukan adjust masa utk solat according to aktiviti kite.

it's a simple message,
but it was only not long ago that a friend
indirectly sampaikn mesej ni to me,
and till now lekat n bkesan di hati..
and for that, i'm very thankful to ____..

another sentence that's being kept in mind all this while,
that was spoken out during saat2 genting
dealing with a not-yet-muslim during satu kursus...

'It is obligatory for us to pray on time'..

these words keep terngiang2 kat telinga saye..

i was amazed,
by ____ strong imaan and ____ sentence,
and by ____ firm act of adjusting the activities according
to prayer time and not the other way around..

terima kaseh...
terima kaseh...
terima kaseh...
kpd yang berkenaan...

ingatan utk diri saye terlebih dahulu, dan utk rakan-rakan sekalian..
inshaAllah, hari esok lebih dari hari yg sebelumnya..

peterborough
Salina

January 13, 2010

:: iF ::



if and only if...


i can satisfy thousands of people at one time...


including me, myself...

yet, not always do.
noorsalinamohdbaharuddin

January 9, 2010

::Lembu itu Guruku::

Lembu bagiku adalah haiwan yang cantik dan segak

Sungguh malang bagiku kerana aku hanya dapat
mengambil pelajaran daripada lembu ketika usiaku lewat muda
Semuanya bermula selepas aku mendirikan rumahtangga ketika usiaku 21 tahun

Aku telah dikurniakan dua orang anak

Aku bertuah kerana telah berkahwin dengan seorang wanita yang tinggal di kampung
Baik orangnya, banyak berkorban untuk diriku
Pemandangan di kampung indah
Jalannya tanah merah
Kelapa sawitnya banyak
Pernah sekali aku menolong bapa mertuaku mengutip sawit

Selain balik ke kampung untuk berjumpa ayah dan ibu mertuaku
Sejak akhir-akhir ini aku juga merindui untuk berjumpa lembu-lembu yang sedang meragut rumput

Aku memerhatikan lembu-lembu itu
Sihat badannya, segak dan cantik rupanya
Tidak seperti aku, semakin hari sekarang semakin kurus
Aku melihat lembu-lembu itu meragut rumput
Aku menunggang motor ayah mertuaku dengan anakku Aiman dan saudaranya Amjad
Aku mengucapkan salam sejahtera kepada lembu-lembu itu
Anakku dan saudaranya mengikut
Aku lihat lembu-lembu itu sungguh amanah
Memakan rumput tiada letih

Tiba-tiba datang tuannya
Dengan roton nipis
Memanggil lembu-lembunya yang sudah memasuki kawasan orang
Kebanyakan mereka menurut
Mereka kenal tuan mereka
Ada di kalangan lembu itu yang sedikit nakal
Tidak mengendahkan panggilan tuannya
Tuannya merotan mereka dengan lembut
Segera lembu-lembu itu menurut

Ah, itu satu tamparan bagi diriku
Kadang-kadang aku lupa siapa Tuanku
Bahkan aku sering tidak mengendahkan panggilanNya
Tuanku banyak ‘merotan’ku dengan lembut
Tapi aku masih tidur
Apakah aku mahu menunggu bumi ini terbelah baru aku sedar
Apakah aku mahu termasuk dalam bilangan 999 daripada 1000 orang itu?

Aku membaca ayat-ayat suci al-Qur’an:

“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu seperti binatang ternak…”

Aku berhenti sejenak di ayat itu
Aku tersinggung
Aku tersinggung kerana lembu adalah haiwan ternakan
Tetapi lembu adalah haiwan yang amanah
Melaksanakan perintah Allah tanpa pernah membantah
Aku meneruskan bacaanku:

“Bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai." (Al-A’raf:179)

Barulahku tahu, bahawa Tuhanku ingin menyinggung diriku

Kemudian aku berkata kepada lembu-lembu itu:
Wahai lembu guruku
Aku telah dikurniakan Allah untuk membuat pilihan
Memilih yang baik atau yang buruk
Tetapi engkau guruku
Tidak mempunyai pilihan
Kamu hanya menjalankan amanah Allah
Yang dipikulkan ke atas bahumu

Wahai lembu guruku
Terima kasih atas pengajaranmu
Besar jasamu padaku
Ajaran yang akan aku ingat sampai ke akhir hayatku

Akan tetapi wahai lembu guruku
Izinkan aku agar menjadi lebih baik daripada dirimu
Kerana itu perintah Tuhanku dan Tuhanmu
Agar aku dapat berjumpa Tuhanku
Dan melihatNya dengan pandangan yang terang
Pada hari Kemudian nanti
Semoga Allah mengizinkan aku melihatNya
Walaupun sebentar

Salam sejahtera ke atasmu lembu wahai guruku
Semoga Allah merahmati dirimu

sumber: malakian's blog

peterborough,

noorsalinamohdbaharuddin

January 8, 2010

::yang lemah itu aku...::


dugaan hebat adalah untuk orang yang hebat...

layakkah aku?
mampukah aku?

yang lemah itu aku..
yang selalu futur itu aku..
yang asyik terbabas keluar landasan itu aku..
yang cepat mengeluh itu aku..
yang cepat penat itu aku..

kagum pada mereka yang mampu bertahan..
istiqamah dalam iman..
jiwa tenang walau sendirian..
bahagia dalam khalwatnya dengan Allah..

terus-terusan membaiki diri..
memantapkan hafazan al-Quran..
meningkatkan bacaan ilmiah..
tidak segan silu meluangkan masa di atas sejadah..

tapi...
aku?

halwa hati,
noorsalinamohdbaharuddin

January 3, 2010

::suami idaman hati::

suami idaman hati - halaqah (E101)

ustaz roslan dan datin zaleha.

ayat pilihan- surah an-nisa:34

lelaki adlh pemimpin..
kepimpinan dari segi 2 perkara:
-fizikal (kekuatan, kudrat, etc.)
-tanggungjawab (keselamatan, harta benda, pakaian etc)

nak kawen kena ada nilai tanggungjwb..
bercinta 6 taun, kawen 6 bulan saje (x bertanggungjwb)..

sifat pemimpin dlm rumahtangga, merupakn satu amanah yg besar..
spy bleh jd contoh teladan dlm keluarga..
antara sebab2 runtuhnya rumahtangga,
adlh kepincangan dlm kepimpinan sang suami..

suami contoh, suami teladan (peribadi, sikap dan perwatakan)
menjurus kpd rumahtangga yg sehat, selamat dan bahagia..

mencari suami idaman hati lagi penting dari mencari isteri idaman hati..
knp? kerana lelaki sbg sang suami adlh pemimpin..
isteri kurang elok, xpe, suami yg elok bleh elokkan balik isteri tu..
tp klau suami kurang elok, ssh, isteri elok blum tentu bleh elokkan balik suami itu..

suami ade 3 bentuk;
-cone
-ruler
-circle
(ni berdasarkn psychology analysis, stiap satu bentuk ade ciri2 tersendiri)

biasa klau wanita, nk cari suami idaman..
tgk ape?
tgk bentuk, saiz, rupa, harta..

'typical' wanita, nk suami yg camne?
nak suami mithali, bkn yg menyesali..
nak suami yg poket hensem, rupa x hensem xpe..
nak suami bijaksana, bkn di sini saje, tp di sana pun bijak..
nak suami lemah lembut, tp bkn yg 'sotong'..
nak suami yg ade sense of humor, tp serius bila perlu..
nak suami yg bertanggungjawab,
yg bleh tanggung di sini dan bleh jawab di sana..


pesan Nabi s.a.w, 'pilihlah di mana kamu hendak tumpahkan
air mani kamu, kerana zuriat itu sesuatu yang berpanjangan
."

(bkn exactly sebijik2 dari hadith)
mksdnya, suami kena berilmu, pndai memilih dan bleh memimpin..
supaya nnt isteri dan anak-anak bleh menolong
si suami dlm mewujudkan rumahtangga yg bahagia..

zaman skrg, kebahagiaan memandang pd harta, poket besar..
walau miskin harta, tapi jiwa n ilmu tinggi..
al-Qardhawi kate, isteri kena ingat,
suami yg baek adlh suami yg bleh memandu kpd ilmu yg baek..

yakni, suami bleh ajar isteri, tegur mane salah,
puji mane baek, bleh di bawa berbincang..


pesan Nabi s.a.w lagi, diukur seseorang itu krn 4 perkara,
antaranya;
-pilih yg beragama, maka bahagia dan sejahtera hidup.
(mnjadi ukuran dlm kebahagian hidup, cthnya, lau dpt 30A1 dlm subjek2 SPM,
tp E dlm subjek Allah (Al-Quran cthnya), maka definisi bahagia tdk tercapai)

-pilih yg berakhlak, supaya hidup terpandu dan tdk terpesong ke arah yg lain.

pilih suami, biasanya kehendak2 wanita berbeza dari segi peringkat umur..
yakni fizikal, emosi/nafsu, dan spiritual.

cthnya, time remaja, biasanya pilih pasangan berdasarkan rupa dan harta..
nak yg kacak, yg kaya, supaya bangga,
bahawasanya aku punyai suami yg kacak dan kaya.


time umur lepas remaja/muda/pertengahan,
biasanya nak puaskan nafsu dan emosi..

nak yg caring, yg memahami, dgr kata si isteri,
supaya hidup hepi je, xde gaduh2..


time umur nak agak2 tua plak,
biasanya nak yg bleh jd kawan, bersifat 'companion'..

nak yg bleh teman sampai ke tua, sbb takut sorang2..

suami adlh nakhoda..
kena ade sifat2 kepimpinan..
tegakkan agama dan iman dlm keluarga,
berdasarkn ijab dan kabul yg dilafazkan di tangga pertama perkahwinan..

bila suami dh bleh meng-nakhoda, memimpin sesebuah keluarga,
barulh suami bleh jd khalifah..

sbb seorang khalifah harus ade dan jaga amanah..
jgn tau kawen saje, lafaz ijab dan kabul, tp lepas tu hilang amanah..
jangan..

klau kawen kerana nak seronok2, nak ade isteri/suami chantek..
mmg ssh nak kekal, sbb xde wawasan..
matlamat kawen ape? ke arah ape?
klau si suami nk rumahtangga bercorak bujur,
maka bujurlah sistem yg harus diguna..

namun, kekuatan kena ada,
spy xde lah separuh jln saje acuan bujur itu..


klau nak kawen, kena ade perasaan suka dgn lelaki itu..
klau tak suke, susah nak hidup dgn org itu..
dari mata turun ke hati..
mcm mane nk tau suke ngan die?
bila jumpa, dup dap dup dap..
;p

berchenta lepas kawen..
lagi bagus! sbb ssh jemu..

konklusinya..
agama adlh yg plg penting,
krn asas rumahtangga yg bahagia ade dlm agama itu sndiri..

klau suami ikut telunjuk agama dgn serius,
die akan mampu memimpin isteri dan anak-anak sampai bila-bila..

namun, klau suami x ikut cara agama dlm mendidik,
memimpin, ssh utk rumahtangga itu kekal sentosa..


hal suami idaman ni, akhirnya berbalik kpd si isteri juga..
klau isteri x tolong, x bg sokongan dan dorongan,
x de saling bantu-membantu dlm menguruskan rumahtangga,
ssh juga si suami nak meng-nakhoda keluarga..

kesian suami, x berjaya mnjadi khalifah,
klau isteri tdk memahami dan membantu..

si suami pula, jgn ego, klau ade ape2 masalah,
jgn ditolak bantuan dari isteri..

x jatuh pun wibawa, malah lagi bagus,
sbb mgkin si isteri bleh melengkapi kekurangan si suami..

jd, jgn ego..

dlm hidup, jgn ade was-was..
pilih suami, jgn was-was dlm memilih..
bleh ke die bahagiakn aku? bleh ke aku hidup ngan die smpai bila2?
bleh ke die bimbing aku? bleh ke aku jd isteri yg terbaek buat die?
klau mula-mula dah was-was, ssh nak mulakan hidup baru..
kene ade keyakinan, ini mnjadi motivasi kita utk masa depan..

inshaAllah, suami idaman hati akan tiba..
yakni, dengan hadirnya isteri idaman hati sebagai pelengkap sang suami..

p/s: hmm, dua2 penting! suami penting, isteri pun penting!
nak kawen, tp blum bersedia jadi isteri.. cane? mamii~

loteng stewart
saya

January 1, 2010

::Reviving Islamic Spirit 8th (2)::


Tema utama RIS pd taun ni adlh 'SOS:Saving The Ship of Humanity'

"The Believers are unto each other like the individual brick in a wall.
Each one strengthens and supports the next."
(Hadith Sharif)

Ulasan drp ucapan Imam Johari Abdul Malik.

(sblm tu, 'keep in mind' bahawasanya ulasan ni bknlah sebijik2 dr kata2 Imam tsebut.. hnyalah ulasan semata2, sebarang kekurangan harap bleh kwn2 tambahkan diruangan komen ye? terima kaseh)

Islam ni adlh satu agama yg sgt berkuasa (‘powerful’ bak kata omputih)..
Berkuasa dari segi segala-galanya..
Baek berkuasa dari segi kata-kata, tingkah-laku,
maupun kepercayaan n kepatuhan.

'Powerful' dari segi kata-kata..
klau Allah SWT kata "Jadilah!", maka jadilah sesuatu itu..
"Kun Fayakun", sangat berkuasa bukan?
semuanya atas arahan Yang Berkuasa, Allah SWT..

'Powerful' dari segi tingkah-laku..
ibadah.. bkn saje2 kita laksanakan..
ade tujuan, ade sebab, ade balasannya klau buat,
ade hukumannya klau abaikan..
bkn saje2 kita hidup, ade tugas yg perlu kite selesaikn..
semuanya atas arahan Yang Berkuasa, Allah SWT..

'Powerful' dari segi kepercayaan dan kepatuhan..
Nabi kite, Muhammad s.a.w, sbg model kite..
cinta akan Baginda, maka cinta juga kita pada Allah SWT..
sbb kite tau Baginda terchenta adlh Pesuruh Allah..
apa2 yg ditunaikan, dilaksanakan oleh Baginda s.a.w, kite ikut..
semuanya atas arahan Yang Berkuasa, Allah SWT..

memang 'powerful' Islam ni..
dlm dunia, kite seharusnya pilih utk berusaha sendiri, 'to work on our own'..
'and believe that we should ask from Allah first
before we ask from any human being'..
'that is the beauty of tawakkal concept'.. kan?
tp, tawakkal saje x cukup, kite kena usaha..

'faith' dah ade, yakni redha, yakin dan percaya pd Allah..
tp, 'words and actions' pun harus disertakan, yakni usaha dan ikhtiar dari diri sendiri..
[mestilah nk kene tunjukkn kesungguhan pd Tuan kite,
baru Dia bg upah, kan?]

zaman skang nie, umat Islam mengalami bnyk sakit-sakit..
'pain'.. sama ada dari segi kemiskinan, jenayah, ataupun lain2..
cabaran2 pun bnyk..
'challenge of identity', 'challenge of society', and etc..
cthnya 'challenge of identity' di negara barat,
berani ke kita nk 'declare' yg kita adlh muslim?

'dare to reveal?'
sbb tu kene ade 'faith', kebergantungan sepenuhnya kpd Allah..
andai kata kita tak punya sesape, maka ingatlh kita masih punya Allah..
berusaha dlm ibadah, rapatkn diri dgn Allah dgn ibadah wajib,
diserikn pulak dgn ibadah sunat..
semata-mata nak raih cinta-Nya.

'it's time to save the ship!'
mcm mana nk selamatkn kapal yg nk tenggelam?
hmm, kene la dgr kata.. ikut ckp 'Kapten'!
jom ambil Baginda s.a.w sbg model!
[mmg itu pun yg sepatutnya bukan?]

'let the people see Muslims as benefits, just like how Rasulullah s.a.w did..'
cthnya, masa Rasulullah s.a.w mula2 masuk Madinah,
Baginda s.a.w bukan nk rebut 'title' pemerintah atau ape2..
tp, kaum Ansar sndiri yg berharap akan bakti Rasulullah s.a.w sbg pemimpin,
spy memimpin mereka ke arah pembinaan sebuah negara yg btamadun..

kenapa?
sbb Rasulullah s.a.w dilihat sbg pembawa manfaat, 'beneficial' kpd mereka..
seperti itu jugalah kita nk org barat tgk kita
(terutamanya bg muslim yg tggl di negara barat)..
spy kita tdk dipandang serong, sebaliknya mereka lagi 'glad'
dgn kehadiran kita dlm komuniti mereka..

bagaimana?
sumbang sesuatu, tunjukkan sesuatu, yg mencerminkan 'spirits of Islam'..
baeknya kita, jujurnya kita, bergunanya kita,
membantunya kita kpd masyarakat mereka..
jgn dilepaskan peluang nk tunjukkan,
ketengahkan nilai-nilai Islam dlm komuniti mereka..
'join' je ape2 anjuran yg mereka anjurkan, yg bersifat kemasyarakatan
(yg positif saje ye? bkn ikut pegi 'clubbing' sama2.. ;p)
'volunteering' dlm masyarakat juga merupakn salah satu cara
nak aplikasikan cara Rasulullah s.a.w nie..
membuktikn bahawasanya, kita berguna kpd komuniti..

kesimpulannya, harus kita waspada, 'aware' dgn keadaan sekeliling..
bnyk cara yg bleh kita aplikasikn utk menyeru kpd 'saving the ship of humanity' nie..
fikir, dan fikir..
guna akal kita yg berharga ni utk berbakti kpd umat Baginda s.a.w yg tersayang..
sedara kita jugak kan?

Islam, semua sayang.. inshaAllah..

p/s: kawan-kawan yang hadir RIS, sudikanlah diri menambahkan isi-isi dari Imam Johari nie dlm ruangan komen, inshaAllah salina edit balik post ni dgn isi-isi anda.. almaklumlah, tak sempat nak salin semua kata-kata beliau, salina khusyuk sgt smpai tersengguk2.. heheh, jazakkallah~

peterborough
salina