assalamualaikum w.b.t...
dah lama tak post info baru...
kering dah blog nie...
takpe2, meh ler salina update sikit..
nak
kasi 'happy' kat wanita-wanita muslimah yang dirahmati Allah sekalian..
Nabi Muhammad s.a.w. bergurau dengan 'sweet'nya..
عَنِ الْحَسَنِ ، قَالَ : أَتَتْ عَجُوزٌ إِلَى النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم ، فَقَالَتْ : يَا رَسُولَ اللهِ ، ادْعُ اللَّهَ أَنْ يُدْخِلَنِي الْجَنَّةَ ، فَقَالَ : يَا أُمَّ فُلانٍ ، إِنَّ الْجَنَّةَ لا تَدْخُلُهَا عَجُوزٌ ، قَالَ : فَوَلَّتْ تَبْكِي ، فَقَالَ : أَخْبِرُوهَا أَنَّهَا لا تَدْخُلُهَا وَهِيَ عَجُوزٌ إِنَّ اللَّهَ تَعَالَى ، يَقُولُ : إِنَّا أَنْشَأْنَاهُنَّ إِنْشَاءً ، فَجَعَلْنَاهُنَّ أَبْكَارًا ، عُرُبًا أَتْرَابًا
Hasan al-Basri RA meriwayatkan: Seorang wanita tua datang menghadap Rasulullah SAW. Beliau berkata: “Wahai Rasulullah, doaakanlah daku kepada Allah SWT mudah-mudahan aku masuk syurga”. Nabi SAW bersabda: “Wahai ibu Fulan! Sesungguhnya syurga itu tidak akan dimasuki oleh wanita tua”. Seterusnya al-Hasan berkata: Wanita tua itu berpaling sambil menangis”. Maka Rasulullah SAW bersabda: “Tolong beritahu kepada wanita itu, bahawa dia tidak akan masuk syurga dalam keadaan tua (kat syurga nanti dia akan menjadi muda balik). Sesungguhnya Allah Taala telah berfirman: “Maka Kami jadikan mereka gadis-gadis perawan, penuh cinta lagi sebaya umurnya”
- Surah al-Waqi’ah 36-37.
rujukan: ustaz fahmi
inshaAllah
Noor Salina Mohd Baharuddin