Pages

December 30, 2009

::Reviving Islamic Spirit 8th (1)::


tinggi tak bertiang, biru langit Toronto. chantek.
tak tersangka suhu sejuk mencecah -10 darjah Celcius.
Subhanallah.

mustahil tengok langit tak terkenang Allah.
mustahil kan?
jenguk ke atas, nampak langit biru, matahari cemerlang.
jenguk ke bawah, nampak rumput segar, tupai lompat-lompat.

"Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan)
Kami pada segenap penjuru dan pada diri mereka sendiri,
sehingga jelaslah bagi mereka bahawa al-Quran itu adalah benar.
Dan apakah Tuhanmu tidak cukup (bagimu) bahawa sesungguhnya Dia menyaksikan segala sesuatu?"
(Surah Fussilat: 53)

"...segenap penjuru...", mane lagi nak lempar mata ni?
kiri kanan depan belakang atas bawah,
semua bukti kekuasaan Allah, bukti kewujudan Allah.

sampai di Metro Convention Centre, Toronto (the venue of Reviving Islamic Spirit 8).. hurk?!
kiri bertudung! kanan bertudung! depan bertudung! belakang bertudung!
melonjak-lonjak happy!
ramainya saudara-mara.. ^_^

kaki dihayun hingga sampai ke destinasi peringkat 1 (kaunter pendaftaran), heheh..
"assalamualaikum", "assalamualaikum", "assalamualaikum" dan berkali-kali lagi salam dilemparkan ke muka..
terkilan, bukan saya yg mendahului mereka.. mereka yg mendahului saya..
saya mampu mengucapkan salam. saya mampu. tapi..

apa yang meragukan diri saya sendiri?

Dari Abdullah bin Amru r.a: "Seseorang telah bertanya kepada Rasulullah s.a.w: 'Apakah sifat yang paling baik dalam Islam?' Rasulullah s.a.w bersabda: 'Memberikan makanan serta memberi salam sama ada kepada orang yang engkau kenali atau pun tidak'."
(Hadith Riwayat Muslim)

berat mengucapkan salam, hanya mampu tersenyum sahaja..
hmm, ini harus dikikis!
harus saya mendahulukan kebaikan yang datang dari diri sendiri!
mesti!

apa yang saya ragukan? apa yang saya beratkan?
bukankah pakaian taqwa ini sudah cukup membuktikan bahawa kita bersaudara?
kenapa saya masih ragu?

mahu jadi insan dermawan dengan menawarkan ukhwah
dan kasih sayang dalam senyum dan salam.
jangan kedekut ye~

peterborough
salina

December 10, 2009

:: jaga-jaga! ::

Terlalu tersangat teramat penting. Maka saya tidak dapat tidak, mesti ‘kopi & pasta’ di sini.

______

Jaga-jaga dari takabbur dan takjub dengan kerja, cara kerja dan hasil kerja kita. Hasil adalah dari Allah – bukan hasil tangan kita, walaupun kelihatan seolah hasil kejayaan adalah dari kerja kita..

Syaitan akan datang untuk merosakkan amal kita. Jika ia tidak berjaya menghentikan kita dari beramal, ia akan datang untuk merosakkan pahala amal kita. Kita cubalah yang terbaik. Kita mungkin dapat menyusuri jalan yang baik, tapi mungkin saja akhirnya kita tetap tidak mendapat pahala yang terbaik !

Kerana semasa kita melihat hasil dari kerja tangan kita, kita mula merasai ‘kita adalah terbaik’. Mata mula tertutup untuk melihat hasil kerja orang lain. Betapa mudah syaitan menyia-nyiakan pahala amalan kita!.

“Al-Kibr adalah menolak kebenaran dan kamu memandang rendah orang lain.” (maksud Hadis Sahih)

Betapa banyak orang yang hasil kerja tangan mereka kurang ‘menjadi’, tapi mereka mendapat pahala yang lebih banyak dari kita kerana keikhlasan mereka dan rasa tunduk tawadhu’ mereka terhadap lemahnya diri mereka. Mereka merasa belum mencapai lagi tahap yang dicapai oleh orang lain yang nampak hebat.

.Di mana pula tahap kita? Berjaya mendidik dan mentarbiyyah ramai manusia, tajmik yang berjaya? Tapi pada masa yang sama apakah kita merasa ‘kitalah yang terbaik’? Pandangan kita terhadap diri kita bahawa ‘kita adalah terbaik’, itulah tanda bahawa kita ini sebenarnya sama sekali ‘tidak terbaik’ pun, walaupun amalan kita memberikan hasil yang baik.

.Jadi …
Jaga-jaga! Jangan sampai pahala kita tidak sepadan dengan hasil tajmik, penat dakwah dan tarbiyyah yang telah kita lakukan. Pahala menjadi kecil atau langsung hilang sedangkan kita sepatutnya berhak mendapat pahala terbaik - hanya kerana pandangan kita terhadap hebat diri kita, dan tidak hebatnya orang lain.

.Seruan ini bukan untuk mengajak kita semua mengurangkan kerja yang kita lakukan, tapi untuk membersihkan kita dari penyelewengan yang mungkin berlaku ketika kita gembira melihat hasil. Ayuh maju lebih kuat dan gigih bekerja untuk Allah… dan lebih berjaga-jaga dengan diri yang sentiasa diintai oleh syaitan di dalam urat-urat diri kita.

Peringatan untuk diri sendiri sebelum orang lain !

sumber: www.muntalaq.wordpress.com

di meja study bersama misbah terchenta,

salina

December 5, 2009

:: diskusi vs debat ::

berbeza pendapat: baek @ buruk?

jom observe ragam manusia di sekeliling kite.. betapa bnyknya kite dapati blaku pcanggahan pendapat, sikap n keinginan blaku di kalangan kite.. namun dlm kbanyakn hal, kite tdk bpecah dan bmusuhan krn perbezaan2 ini: kecuali jika ada pihak tertentu yg mnjadi terlalu beremosi dgn pendiriannya smpai sanggup pula mngkritik pndirian org lain yg sebenarnya tak nampak mane salahnya..

contohnya, stiap drp kite suke mkn mcm2, ade suke makan kari, ade suka makan sup.. katakan yg suke makan sup kate kat yg suke makan kari, bahawasanya sebab badan yg makan kari tu gemok adlh sebab mkn kari yg lemak bersantan!
[mestilah marah..]

maka terjadilh pergaduhan antara keduanya..

hmm, sekiranya pbezaan pndapat itu bbentuk variasi bknnya antara yg hak dan yg bathil, maka jgnlah kite wujudkn sentimen kebencian kpdnya.. bnyk skali org yg bertelingkah atas perbezaan pendapat yg sbenarnya kedua2 pun btul dan kite bebas memilih yg mane satu, mcm sama ade nak makan kari atau sup!

diskusi versus debat..

ade saje kdg2 diskusi akhirnya bertukar mnjadi debat..
baek sesama perempuan, sesama lelaki, atau pun antara lelaki dan perempuan..

namun, harus kite gunakn bukti dan akal utk menganalisa segala bentuk pndapat yg kite hadapi.. bhati2lah bile berbicara dlm perbezaan pndapat sbb mudah mengundang pselisihan faham, walaupun hanya kerana tersalah menyusun ayat! atau pun, kerana ade sesetengah perkara, terlalu sulit dan privasi utk dibincangkan, lebih2 lagi antara lelaki dan perempuan!

ayuh kite ikut teladan Nabi s.a.w. dan para sahabat dlm berdiskusi, di mana Baginda sgt berhikmah dan rasional dlm mnerima pendapat dan membuat keputusan. tdk pernah dimarah, dikeji, atau disombongi akan pendapat sahabat2 yg mngutarakn pendapat dan soalan..

bimbang saye sekiranya perbezaan pendapat ini mmbawa kpd perselisihan yg berkekalan antara sesama Muslim.. tp, jgn takut utk berdiskusi asalkn masing-masing sudi utk menganalisa pendapat masing2 dgn adil dan tanpa prejudis! jgn maen serkap jarang je, tak pasal2 dah melenting.. sabar dulu, pikir dulu ape rasionalnya pihak yg lain berbeza pendapat dgn kite..

kadang2, berfikir perlukn masa.. bkn bleh buat keputusan dalam waktu yg singkat, dan menegaskan bahawasanya kite betul dan benar dlm segala hal.. rasional itu penting, spy tdk gopoh dlm mmbuat keputusan..

smoga Allah tautkan hati-hati kite dgn iman yang satu, tekad yang satu,
walau berbeza akal dan fikiran..

-a muslim got to do what a muslim got to do-

peterborough
salina

November 30, 2009

:: kiri dan kanan ::

"Semasa dua malaikat (yang mengawal dan menjaganya)
menerima dan menulis segala perkataan dan perbuatannya;
yang satu duduk di sebelah kanannya,
dan yang satu lagi duduk di sebelah kirinya.
Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkannya
(atau perbuatan) melainkan ada di sisinya
malaikat pengawas yang sentiasa sedia
(menerima dan menulisnya)."
(Surah Qaf: 17-18)

x pernah jemu mencatat..
x pernah lenguh menonton..

dosa kecik,
dosa besar,
pahala kecik,
pahala besar.

setia di kiri dan kanan.
kdg2 kite ingat, kdg2 langsung kite lupe!

~recording in progress by Raqib and 'Atid~

loteng stewart
noorsalinamohdbaharuddin

November 27, 2009

:: and a Man sat alone ::

“And a Man sat alone, drenched deep in sadness.

And all the animals drew near to him and said, “We do not like to see you so sad. Ask us for whatever you wish and you shall have it.”

The Man said, “I want to have good sight.” The vulture replied, “You shall have mine.”

The Man said, “I want to be strong.” The jaguar said, “You shall be strong like me.”

Then the Man said, “I long to know the secrets of the earth.”

The serpent replied, “I will show them to you.”

And so it went with all the animals.

And when the Man had all the gifts that they could give, he left.

Then the owl said to the other animals, “Now the Man knows much, he’ll be able to do many things. Suddenly I am afraid.”

The deer said, “The Man has all that he needs. Now his sadness will stop.”

But the owl (cuba fikirkan kenapa burung hantu disimbolkan sebagai binatang yang memiliki lebih hikmah daripada semua binatang? Kerana burung hantu boleh melihat di dalam gelap, dan memerhatikan persekitarannya dari atas pokok yang tinggi) replied, “No. I saw a hole in the Man, deep like a hunger he will never fill. It is what makes him sad and what makes him want. He will go on taking and taking, until one day the World will say, ‘I am no more and I have nothing left to give.’”

Illusi dan penjara.

Bukankah apabila kita berjalan kita banyak melihat ‘lady in red’ di sekeliling kita?

Bukankah kita mahu memilikinya?

Kita melihatnya bersinar-sinar dan kita berasa iri terhadap mereka yang memilikinya?

Kita melihatnya cantik dan kita ingin memilikinya.

Dunia, bukankah kita mahu mencapai anggur yang sedang ranum itu?

Bukankah kita berasa tenang di dipeluk ‘lady in red.’

Tapi kita harus hidup dalam penjara ini dengan baik.

Mencari makanan dalam penjara ini dengan baik untuk menyuburkan diri fizikal kita ini sebelum dibebaskan.

Kita dilarang menyia-nyiakan fizikal kita ini. Kita perlu berkelakuan baik dalam penjara ini.

Nabi bersabda: “Dunia itu penjara mu’min dan syurga orang kafir.”


sources: Malakian dan YouTube - http://www.youtube.com/watch?v=-Wi7nZVNssk

peterborough

salina

November 19, 2009

::beneath the heart of a friend::

mendahulukan sahabat sebelum diri sendiri dlm segala hal...
makanan yg sedap dihebahkan dan dikongsi,
yg tak sedap saje dimakan sendiri..
barang yg best dan disayangi dihadiahkn kpd sahabat,
yg tdk cantik dan kurang digemari disimpan sendiri..

bukan bagi org ape yg diri sendiri taknak..
bkn habiskn coklat yang tggl sikit sebelum org lain nmpk,
sbb takut x cukup nk kongsi..
kalau mempunyai sesuatu yg disukai sahabat,
tapi kuantitinya tdk cukup, janganlah kongsi..
tapi, kasi saje semua kepadanya!

ukhwah fillah itu indah..

sarang stewart
salina

:: kerana Allah dan Rasul-Nya ::

ukhwah fillah..
tak paham la mcm mana sebenar2nya yg dikatakan ukhwah fillah!!
tak paham!
tak paham!

teringat hadith 13 dlm kitab hadith 40 Imam Nawawi,
Nabi s.a.w. tersayang bersabda:

"Tidak beriman seseorang kamu hingga dia mengasihi saudaranya sepertimana dia mengasihi dirinya sendiri."
(Riwayat Bukhari & Muslim)

ya Allah, hebat sggh gambaran baginda ttg kasih syg neh..
mcm x realistik jer..
syg org lain sama ngan syg diri sndiri?!?
mustahil..
mustahil..
mustahil pikirku..

sehinggalah..
sy alami sndiri pengalaman2 manis dlm persahabatan ni..

:::::::::::

dulu, masa bermusafir dgn kawan2,
motel yg disewa tuk bermalam sgt2 kecik..
dan berhadapan je dgn tandas yg xde pintu..
bila waktu nk tido, laju aje sorang kwn ni siap2kn diri..
ingatkn sbb die nk tido cepat sbb xnk tido dpn toilet! (su'uzon lah saye ni!)..
rupa2nya cepat2 die bentangkn alas tido kat depan toilet..
bila ditanya knp tido situ, die senyum saje n pejam mata.. zzz..
[mulianya hati die, mengutamakn kwn yg lain.. :) ]

dulu, masa giliranku memasak utk mkn mlm,
sambal tumis yg dibuat x sedap!
tp, kwn2 ku dgn senyum bkata,
"xdelah, sedap! tgk kami mkn berselera je!"
tp, saye tau persis tahap ketidaksedapan sambal itu..
["berseleranya" mereka.. :( ]

dulu, ade satu ketika perut sy sgt2 lapar lepas maghrib!
ckp ngan kwn, "lapar.."..
x lama kemudian, dgr pintu bilik diketuk..
mak aii!! udang masak lemak cili api + telur dadar + nasik puteh lembik kegemaranku!!
siap dlm dulang tersedia, di bawa ke bilikku yg tggi di loteng tingkat 3 ni!!
[baek sggh hati die.. :) ]


dan bnyk lg lain-lain kesah n sejarah yg mmg mengharukn diri..

:::::::::

saye hairan dgn kasih syg sahabat2 saye ni..
bnyk mnyentuh hati dan mendidik jiwa saye..

bila blaja hadith 13 ni, baru saye phm knp mereka begitu..
barulh paham, knp dlm sirah, ansar senang2 je beri umah mereka kat muhajirin..
sggh masih ade dlm dunia yg mngamalkn hadith ni, x sekadar ditulis lam buku je..

inshaAllah, semoga Allah memberkati kamoo semua..
inshaAllah..
inshaAllah..

rujukan: hadith 13 dari kitab hadith 40 Imam Nawawi

loteng stewart
noor salina mohd baharuddin

November 13, 2009

:: la taghdhab, la taghdhab, la taghdhab! ::

saye berpaling darinya..
terus duduk, jauh dari situ..
istighfar..

"La taghdhab, la taghdhab, la taghdhab!"
kata Nabi s.a.w.

(jgn marah, jgn marah, jgn marah!)

aduh, bkn mudah nk maniskn muka bila hati sdg mnggerutu..
sape kata berakhlak mulia tu senang?
nak2 lg, tahan amarah tu salah satu tiket ke syurga!
adeyh..

“Dan bersegeralah kepada ampunan Tuhanmu
dan kepada syurga yang bidangnya seluas langit dan bumi,
yang disediakan untuk orang-orang Muttaqin.
Iaitu mereka yang berinfak di waktu lapang dan sempit,
MENAHAN AMARAHNYA DAN MEMAAFKAN KESALAHAN ORANG LAIN.
Sungguh Allah bersama orang-orang yang berbuat kebaikan.”
(Surah Ali-Imran : ayat 133-134)

to just 'forgive and forget'... is not very easy.
jauh skali ngan maksud 'forgiven but not forgotten'!

betullah ape Allah firmankan,
hanya orang yg Muttaqin dpt laksanaknnya..
mmg sesuai lerr kalau manusia semulia ini dpt masuk syurga, ye dok?

so, klau dh smpai 3 kali Nabi ulang,
"la taghdhab, la taghdhab, la taghdhab"
mesti ade makna besar tu...
hmm, ade makna...
ade makna...

rujukan : hadith 16 dlm kitab hadith 40 Imam Nawawi

peterborough
salina

November 9, 2009

:: dulu lain, sekarang...?? ::

“Pelajarilah ilmu kerana mempelajarinya (membawa) takut kepada Allah,
menuntutnya adalah ibadah,
membincangkannya adalah tasbih,
mencarinya adalah jihad,
mengajarkannya kepada orang yang tidak mengetahuinya adalah sedekah,
meberikannya kepada ahlinya adalah pendekatan diri kepada Allah..."
(Hadith Riwayat Ibni Abdul-Barri)

ingatkh kita pd malam2 yg hening..
ketika kita bsujud pnjang n air mata kita mbasahi sejadah..
kita sgt2 berdoa pd Allah spy mengurniakn kita result SPM yg cemerlang..
spy kita bleh truskan cita2..

kmudia kita sambung lg harapan kita pd Allah..
penuh bharap, penuh tekun, penuh tharu..
spy Allah izinkn kita tuk pegi oversea..
utk dpt biasiswa, x perlu guna PaMa Finance..
utk dpt fly, ade nk jelajah Europe kononnya..
ade nk pi Timur Tengah..
[ohhh Azhar.. :( ]
nk sgt masuk medical school, nk sgt2..

dan kita pun solat hajat bnyk2, penuh syahduu..
pohon doa n hajar setiap hari..
nangis2 dlm doa2 kita..
panjatkn tawakkal pd Allah setinggi angkasa..
cemas + takut + risau + gelabah..
semua ade! nk lulus semua test spy dpt kejar cita2 idaman..

Maha Suci Allah yg telah mngabulkn semuanya hingga kini..
Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar

tapi..
tgh2 jalan, bnyk pulak rintangan, dugaan, ujian dtg..
rasa putus asa..
rasa x mampu..
rasa x larat..
penat.. penat sgt2..

Lillahi Ta'ala!
kite blaja, keje..
smua kerana Islam, semua tuk Allah..

maka..
mestilh bsemangat selalu!
motivated selalu!
energetic selalu!
dedicated selalu!

keje tu ibadah, study pun ibadah..
nk jd hamba Allah yg sntiasa dlm ibadah, kan? kan?

inshaAllah..
saye bpesan pd diri sndiri yg terutamanya,
dan juga sahabat2 sekalian..

ayuh!
lillahita'ala

-halwahati-

peterborough
salina

November 5, 2009

::beep-beep-beep.still beating?::


The suffering of the world is spoken of
in term of wars, starvation, hatred, competition,
and the struggle of the survival of the fittest.

Yet all the suffering of the world originates in the human heart.
Every crime committed, every act of oppression, every callous cruelty,
and every injustice to the self or others emanates
from the hearts of men.

The soundest of hearts was the heart of
the Messenger of Allah (peace be upon him) who,
through his purity and singularity of intention,
transformed the world.

His teaching remains and
the challenge is for each of us to take it and
to transform our hearts with it, thereby,
transforming the very world in which we live.



source: Purification of the Heart by Hamza Yusuf

trent university
noorsalinamohdbaharuddin

November 2, 2009

:: minyak vs air ::

minyak tdk akan pernah bercampur dgn air..


"Wahai orang-orang beriman!
Masuklah ke dalam Islam
secara keseluruhan,
dan janganlah kamu ikuti langkah-langkah
syaitan.
Sungguh, ia musuh yang nyata bagimu."

(Al-Baqarah: 208)


percaya sblum melihat..
bekerja keras utk melihat apa yg dipercaya..

inshaAllah..

peterborough
salina

November 1, 2009

:: garden green ::

"Wahai Tuhanku, kurniakan daku rasa cinta
kepada perbuatan yang dapat mendekatkan
diriku kepada cintaMu."


apabila bahagia yg didamba..
apabila tenang yg dipinta..

perintah Tuhan dituruti segala..
redha dan cinta Tuhan dipohon sentiasa..


"..i dream i'm in a garden green.."

rujukan: buku "Hidup Diredhai Tuhan",
tulisan Arieff Salleh Rosman dan Nabilah Hassan.


sarang 356,
salina

October 31, 2009

:: begitu dan begini ::

Sabda Rasulullah saw, dr Anas bin Malik,

"Tidak lurus keimanan seseorang kecuali sehingga lurus hatinya,
dan tidak lurus hati seseorang sehingga lurus pula lisannya."
(Hadith Riwayat AHmad)

saya mencari,
saya mahu,
saya ingin,
saya harap,
saya berdoa,

supaya...

"...dari luar nampak baik,
bila kenal lagi dekat,
rupa-rupanya jauh lebih baik lagi!..."

"...bila bersama,
dapat percikan-percikan iman
dan amal soleh tanpa sengaja,
dpt pula mutiara hikmah darinya!..."

"...seperti qudwah yg ditinggalkan Baginda saw,
semakin dikenali,
semakin nmpk kesempurnaannya!..."

saya?
kita?
adakah sebaliknya?

semakin didekati, semakin nampak kecacatan?
Allah Maha Mengetahui apa didada..

Allah Ar-Rafi'

peterborough
salina


October 30, 2009

:: she's just a girl ::






have good intentions, and work hard.





" Intentions count in actions "





loteng stewart
salina

October 29, 2009

:: hujan dan tanah ::

"Wahai Tuhan kami!
Janganlah Engkau memesongkan hati kami
sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami
dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu;
sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya."
('Ali-Imran: 8)

hidayah Allah S.A.W...

seperti hujan yg turun disetiap penjuru,
pelusuk muka bumi ni..

dan..

yg menadahnya adlh hati2 manusia.
hati tu umpama tanah,
ade yg kering tandus,
ade yg sentiasa basah n segar,
dan ade yg mati trus..

hati ku dan hati mu,
bagaimana keadaannya?

stewart street
salina

October 27, 2009

:: premium ::



'You are the servant, He is the Master.
Prayers come from you, answers come from Him.
Abstinence comes from you, protection comes from Him.
Repentance comes from you, acceptance comes from Him.
Go towards him walking, He will come to you running.'


It shows the love that can exist between the believer and Allah(swt).

Allah Hafiz.

peterborough
salina


October 26, 2009

:: berita dari loteng ::

lately, saya rasa mcm diuji dgn baaaaanyak sgt benda..

rasa beban.
rasa himpit.
rasa malas.
rasa susah.
rasa payah.
dan rasa lemah...

tapi..

bila tringat adik2 saya kat selatan Thailand,
bila tringat abg2 saya kat Padang,
bila tringat pakcik2 saya kat Palestin,
bila tringat makcik2 saya kat Chechnya,
bila tringat atok2 saya kat Somalia,

dan, bila teringat kwn2 saya yg naek sama sampan dgn saya ni pun ,

apelah sgt beban yg himpit saya neh..
klau nk dibndingkan dgn adik, abg, pakcik, makcik, atok saya kat sana sinun nuh..

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

knp saya diuji?

"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, 'kami telah beriman,' dan mereka tidak akan diuji?
Dan sungguh, kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka Allah pasti mengetahui orang-orang yang benar dan pasti mengetahui orang-orang yang dusta."
(Al-Ankabut: 2-3)

knp ujian seberat ini?

"Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
(Al-Baqarah: 286)

saya tertekan!!

"Dan janganlah kamu merasa lemah, dan jangan pula bersedih hati, sebab kamu paling tinggi darjatnya, jika kamu orang beriman."
(Ali 'Imran: 139)

mcm mana saya nk hadapi semua ni?

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersedia (di perbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah agar kamu beruntung."
(Ali 'Imran: 200)

pe saya dpt dr semua ujian2 ni?

"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diir mahupun harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka."
(At-Taubah:111)

abes, kpd siapa saya nk berharap?

"Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepadaNya aku bertawakkal, dan Dia adalah Tuhan yang memiliki 'Arsy (singgahsana) yang agung."
(At-Taubah:129)

saya dh x tahan lg!!!

"..dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir."
(Yusuf:12)

rujukan: emel dr Jakim, dan blog anak-anak nil.

p/s: buat kwn2 yg dlm situasi yg sama,
inshaAllah kita hadapi dgn tabah yuh!


loteng stewart
salina

October 25, 2009

:: kering kasih sayang ::

teringat satu kesah..

ttg sorang wanita warga vietnam kat Malaysia yg cedera parah kat kepala
(kena kipas siling klau x silap, eee seram!)

dihantarnya die ke klinik terdekat oleh seorang doktor pelatih,
alhamdulillah,
cepat2 dihantar ke hospital besar..

tp, esoknya, doktor pelatih tu dimarahi oleh kwn2nya sbb:

1.'menolong pendatang asing'
2.'menolong tanpa usul periksa, mungkin wanita itu jahat!'
3.'entah2 wanita vietnam itu nk merompak, nk menipu!'

malah dipesan spy "jgn buat begitu lagi!".

mcm mana klau wanita itu Melayu?
adkh mereka masih akan kata "jgn tolong"?
bygkan klau doktor pelatih tu x peduli, jln trus saje n biarkn je walau tau wanita itu cedera?
kata doktor di klinik, klau lmbt, mesti lg parah, mgkin bleh maut..
ke lantaklah?!

kdg2, saye rasa masyarakat muslim Malaysia mgkin sdh kering kasih sayang..
tentulah tdk semua ahli begitu, tp secara umunya itulah yg saye dapati..

cth2 mudah, di pasaraya2 maupun di klinik2..
jurujual2 maupun jururawat2..
klau berurusan dgn pelanggan2 dan pesakit2, "cara"nya sdh tdk seperti dulu..
etika kerja dh x dipraktiskan..

jurujual di pasaraya:

"ni semua barang2nya?"

jururawat di klinik:

"pakcik! bukak mulut!"

mana salamnya? mana senyumnya? mana hormat orang tuanya?
yg ade cuma muka 10 sen n bebelan yg berjela2..

blum masuk lg pemandu2 bas (yg Melayu Islam juga)..
saye ditengking2, sbb hanya bertanyakan destinasi bas?!

mana budi bahasanya? mana ramah tamahnya?
kata org Melayu la yg plg berbudi, plg sopan santun, lemah lembut..
takkan lah sifat2 tu semua utk pelancong2 omputih je..
hello sana, hello sini.. mulut melebar je..

kita ni sesama muslim? sesama manusia?
x syg ke? x hormat ke?

Rasulullah saw yang amat kita kasihi pernah bersabda:

“Sesekali tidaklah kalian beriman, sebelum kalian mengasihi.”
Para sahabat berkata,”Wahai Rasulullah, kami semua telah memiliki rasa kasih-sayang.”
Nabi SAW menjawab,”Yg disebut ‘mengasihi’ itu bukanlah sekadar kasih-sayang terhadap kawan-kawan terdekat saja, tetapi terhadap seluruh umat manusia.”
(hadith riwayat At-Thabrani)

benar, bukankah Islam itu rahmatan lil'alamiin (rahmat kpd seluruh alam)?

kautlah sayang Allah dgn menyayangi manusia..

“Barangsiapa tidak menyayangi manusia, maka Allah tidak akan menyayanginya.
(hadith riwayat Bukhari, Muslim, Tirmidzi dan Ahmad)


::halwahati::

peterborough
salina


:: tombo hati ::

ada masanya kita merasa sndirian dlm ramai..
ada masanya kita merasa gelisah wlau xde masalah..
ada masanya kita merasa sunyi walau keliling ade teman2 n kluarga..
ada masanya kita merasa x cukup wlau dh gembira sakan..

pernahkah anda begitu?
saya selalu begitu..

kata seorang syeikh...

itu tandanya kita perlukn Allah..
bukti bhw jiwa ini sdg rindu akan Rabbnya..
seluruh dunia dicurah, blum tentu dpt isi kekosongan itu..

Ibnu Qayyim al-Jauzi menulis:

“Sesungguhnya di dalam hati terdapat sebuah keterasingan yang tak mampu diubati kecuali dengan menyendiri bersama Allah azza wajalla.

Di dalam hati juga ada sebuah kesedihan yang tak akan mampu diseka kecuali oleh kebahagiaan yang tumbuh kerana mengenal Allah beserta ketulusan hubungan denganNya.

Pun di dalam hati ada sebuah kegelisahan yang takkan mampu ditenangkan kecuali dengan berhimpun kerana Allah dan pergi meninggalkan kegelisahan itu menuju Allah.

Di dalam hati juga ada suatu tuntutan kuat yang tidak akan terhenti sehinggalah Allah menjadi satu-satunya matlamat dan cita-cita.

Di dalam hati juga ada suatu keperluan yang takkan pernah terpenuhi kecuali dengan cinta-Nya, mengingati-Nya, beserta keikhlasan yang tulen terhadap-Nya.

Bahkan jika hati ini diberi dunia seluruhnya beserta segala isinya,
keperluan itu tetap tidak terpenuhi selagi tidak mengharap penuh kepada Allah azza wajalla..”

alangkah benar...

::halwahati::
peterborough
salina

October 24, 2009

:: sape ikut selera sape? ::

Kita mesti berdiri di atas Islam
yang bukan sekadar ikut-ikutan,
tetapi haruslah didasari oleh keimanan,
keyakinan dan kefahaman.


"Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang yang ada di muka bumi ini,
nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah.
Mereka tidak lain hanyalah mengikut sangkaan belaka,
dan mereka tidak lain hanyalah berdusta."
(Surah AL-An'am: 116)

Pada usia 20-an ini,
sudah masanya kita merenung betul-betul
pilihan identiti diri kita dan jalan hidup kita,
sebelum terlambat.

Do not just go with the flow.

sesuaiknlah hidup kita dgn cara Islam,
bknnya Islam yang kena ikut selera kita..


Berhentilah dari menyalahkan suasana dan hanya menjadi ‘mangsa keadaan’.

peterborough
salina

:: hanya... ::

Sesungguhnya..

kebenaran TIDAK akan memimpin,

kebaikan TIDAK akan tersebar,

keadilan TIDAK akan tertegak,

panji-panji kemuliaan akan jatuh dengan wujudnya

orang-orang yang menggadaikan prinsip demi keuntungan dunia

dan
orang-orang yang bersifat riya’

yang hanya mahu diri mereka dilihat orang,

kata-kata mereka didengar,

mereka menjadi buah mulut masyarakat,

dan boleh mengarahkan orang lain dengan jari telunjuk.

.

Kebenaran, kebaikan, kemuliaan HANYA akan tertegak dengan …

orang-orang yang ikhlas,

yang berpegang teguh dengan prinsip,

yang boleh mempengaruhi orang lain bukannya dipengaruhi.

Mereka adalah orang-orang yang

berkorban bukannya mengambil manfaat,

memberi bukannya mengambil.

~ As-Syahid Imam Hassan Al-Banna ~

peterborough

salina

October 23, 2009

:: hebat! ::

org yg bleh jg solat, org yg hebat!
x kira besar mana dugaan,
sibuk mana blaja/bkerja, solat wajib dilakukn.
berbahagialh org yg dpt tunaikn solat bjemaah di awal waktu..

meskipun sukar dilakukn oleh kbnyakan org,
sgtlah afdhal solat jemaah di awal waktu, di masjid..

"Dia tidak pernah meminta rezeki darimu, bahkan Dialah pemberi rezeki." al-Quran.

uruslah hak kita thadap Allah sebaek mgkin..
insyaAllah, sama2lah kita ~

peterborough
salina

:: limping ::

pg td jmpa student "kecok"(x tau bhs standard guna ape,
maaf sbb loghat kelate sy pekat),"limping" kot?
heheh~

tp, still smngt nk pegi kelas, nk blaja.
ptg td plak jmpa pakcik buta kat traffic light,
hayun tongkat kanan kiri, nk cari arah,
pegang plastik brg runcit.

gagah sggh nk pegi jln2 cari mkn wlaupun mata x nmpk.
bagaimana sy?
surah ar-Rahman selalu jugak tersembur2 kluar dr mulut ni,
ingatkn dh x dustakn nikmat Allah, tp..

ade jg kdg2 diri ni mngeluh, walaupun diberi anggota sempurna!
syukur mata ni just rabun, blum buta.. mgkin Allah nk bg peringatan~

"Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?" ar-Rahman:13

peterborough
salina

:: mekaseh! ::

"When people asking u question, the first thing u should do is saying 'Thank you for asking my religion", Yusuf Estes.

From priest becoming Islam, n make dakwah throughout the world,
he really holds the faith tightly.

I remember him saying this,
"If you can be nice, then be fair".

It's so true!
Not ALL people can be nice to ALL people.
some people be nice towards their allies, just like me perhaps?!

aha, now i must learn how to be fair without neglecting how to be nice..
but first of all, thanks to my beloved friends for understanding me well all this time~

peterborough
salina

October 22, 2009

:: saket ::

“Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.”
(Al-Baqarah: ayat 155)

sabar, redha dgn ape yg dikehendaki Allah ke atas diri kita.
moga dpt kita cntohi iman n sabar Nabi Ayub as,
tatkala kita sakit, demam, atau dlm ksusahn.

mgkin Allah mberi "klapangan" utk btaubat, bfikir ttgNya, n bzikir mgingatiNya. moga dipertemukn dgnNya di alam abadi.

peterborough
salina

October 20, 2009

:: bangga ::

" u're preparing for your prayer, right?!"
tsenyum bangga sy di depan wanita itu, seorg minah salleh yg mnanyakn ttg wuduk yg diambil..
"i know u have to prepare, and clean urself before praying, that's a good thing!"
uishh, lg btambah2 bangga sy!!

tp.. bangga ape?
sy tpikir2, apa yg sy banggakn sgt?!
tiba2 sy rasa "lapar", nmpknya "mknn" ruh sy bcampur aduk!

“Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah lah hati akan menjadi tenang.”
(Surah Ar-Ra’d : ayat 28)

hmm, adakah ruh sy sdg lapar n saket?
bgaimana dgn anda?
rasanya lepas sumbat dgn mknn ruh sy ni, br sy tau ape yg dibangga2kn sgt pasal hal td..
hmm~

peterborough
salina

October 19, 2009

:: panAs.. sejUk.. ::

ketika musim panas, ramai mngeluh kpanasn, 38-41C...

ktika musim sejuk mggantikn musim luruh, ramai mngeluh ksejukn, <10c...

"Sesungguhnya manusia diciptakan bersifat keluh kesah lagi kikir (bakhil). Apabila ia ditimpa susah, ia berkeluh kesah, dan apabila mendapat kebaikan ia amat kikir."(al-Ma'aarij:19-21)


hari ni mendung, esok?!
blum tentu lg..
ramalan hnya ramalan, sdgkan kuasa di tgn Tuhan.

Andai kata esok hujan, sdg ramalan cuaca kate x hujan, pasti ramai yg marah mengeluh.
hohoh, sifat marah pula mengundang, itu sifat manusia..

sy suke petikan kata2 Abu Saif, "kenal diri, kenal Tuhan, lupa Tuhan, lupa diri".
sejauh mana tabahnya kita, dlm masa yg sama utk memahami Islam?!



peterborough
salina

October 18, 2009

:: malas!! ::

"malas!"
jgn, x bleh mcm tu..
"tapi.."
dah2,xde tapi2!!

"sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. maka apabila kamu telah selesai (sesuatu urusan), kerjakanlah dengan bersungguh2 (urusan/amal soleh) yang lain pula."
(94:6-7)

cabaran sbenar ade pd diri sndiri.
saye tau mmimpin melalui teladan sgt sukar bbanding nasehat yg berjela2..

dan,
jika sy mau keadaan berubah,
sy yg harus berubah!

peterborough
salina

October 17, 2009

:: sEmUt ::


falsafah semut,"semut xkan mati kelaparn tau kehausan, tp akan mati sbb kemanisan."


Firman Allah: "Mereka itu adalah orang-orang yang bertaubat, yang beribadat, yang memuji, yang mengembara (demi ilmu dan agama), yang ruku’, yang sujud, yang menyuruh berbuat ma’ruf dan mencegah berbuat munkar dan yang memelihara hukum-hukum Allah. Dan gembirakanlah orang-orang mukmin itu".(at-Taubah:112).


maka berbahagialh org2 beriman, manis kota dunia tak mmpu menandingi manisnya susu yg mngalir di bwh syurga2 Allah..



peterborough
salina

October 16, 2009

:: chantek :) ::

cuba tgk langit..
Subhanallah,
cantik sggh gelap langit mlm!

hmm, ade bgsnya bilikku di loteng ni,
langit tbentang luas smpai ke ufuk.

"Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir."
(Yusuf:87)

hidup ssh dtg lg.
sengaja disusahkn diri spy tau bsyukur,
x riak n angkuh,
yg penting dpt bgantung harap smata2 kpd Allah.

pndng ke langit,
telling myself bhw diri ni kerdil,
tp x putus asa dr rahmat Allah.

mlm ni dhiasi bintang, esok blum tentu.
hari bputaran, hujan, panas, bunga kembang n luruh, teman setia di jalanan.
tabahknlah diri kami semua, Ya Allah, Ya Rahman.

peterborough
salina

October 10, 2009

:: telah kembali kepada-Nya ::

"Tiap-tiap yg bernyawa akan merasakan mati."
(Surah Ali-Imran:185)

tghari 10 oktober 2009(waktu Malaysia),
mncatatkn tarikh pmergian atuk trsayang, tok ayah Zali..
Innalillahi wa inna ilahi roji'un.
Al-Fatihah, smoga Allah mncucuri rahmat ke atas rohnya.

dlm hayat yg terlalu pendek ini,
hnya keredhaan Allah Yg Maha Agung,
Tuhan Semesta Alam yg dikejar.

tdk megapa jika tdk dikenali penduduk dunia,
asalkn disanjung pnghuni langit.

"Wahai jiwa yang tenang. Kembalilah kpd Tuhanmu dgn hati yg puas dan diredhaiNya. Masuklah ke dalam jemaah hamba-hambaKu. Dan masuklah ke dalam syurgaKu." (Al-Fajr:27-30)

peterborough
salina

October 8, 2009

:: benar dan sebenar-benarnya ::

yakinilh Allah itu benar,
RasulNya jg benar,
Syurga n Neraka jg benar.

jika mpercayainya maka mngapa tindakn masih seolah meraguinya?!

"Oh Allah, she's so afraid to read,
the wisdom that's revealed may burrow in her mind,
she'll obliged to admit,
she'll obliged to submit,
but will she be strong enough to live the truth she finds?
Oh Allah, she's so afraid to read."

-nasheed by Dawud Wharnsby Ali-

that's y there're people who "afraid" to
admit that what they're doing is not right~

peterborough
salina

October 7, 2009

:: don't judge a book by its cover ::

argument 1: pkai tudung, tp prangai buruk, ntah ape2!
argument 2: kopiah x lekang, tp mak aii, prangai cam hantu!

"Sesungguhnya Allah tdk mlihat pd tubuh,
rupa luaran n harta kamu, ttp mlihat kpd hati n amalan kamu"
Riwayat Muslim

aha, Riwayat Muslim ni plak dijadikn falsafah/pegangan
mnyokong pepatah 'don't judge a book by its cover'.
fuhh, pakai riwayat2 lg.

tp, kita kena ingat,dlm hati anak Adam ni,
ade sketul dgg namanya 'hati',
klau baek hati tu, baeklah orgnya,
lau buruk hati tu, buruklah orgnya..

so, yes! 'we can judge a book by its cover, in certain cases'.
yakni, bila prkara asas Islam dilanggar,
dh tentu 'that cover reflects what's inside the heart of a person'.

hakikatnya, sesuat yg baek n suci ditentukn
pd neraca Allah n RasulNya, bknnya pd pemikiran kita semata2~

peterborough
salina