:: jaga-jaga! ::

Terlalu tersangat teramat penting. Maka saya tidak dapat tidak, mesti ‘kopi & pasta’ di sini.

______

Jaga-jaga dari takabbur dan takjub dengan kerja, cara kerja dan hasil kerja kita. Hasil adalah dari Allah – bukan hasil tangan kita, walaupun kelihatan seolah hasil kejayaan adalah dari kerja kita..

Syaitan akan datang untuk merosakkan amal kita. Jika ia tidak berjaya menghentikan kita dari beramal, ia akan datang untuk merosakkan pahala amal kita. Kita cubalah yang terbaik. Kita mungkin dapat menyusuri jalan yang baik, tapi mungkin saja akhirnya kita tetap tidak mendapat pahala yang terbaik !

Kerana semasa kita melihat hasil dari kerja tangan kita, kita mula merasai ‘kita adalah terbaik’. Mata mula tertutup untuk melihat hasil kerja orang lain. Betapa mudah syaitan menyia-nyiakan pahala amalan kita!.

“Al-Kibr adalah menolak kebenaran dan kamu memandang rendah orang lain.” (maksud Hadis Sahih)

Betapa banyak orang yang hasil kerja tangan mereka kurang ‘menjadi’, tapi mereka mendapat pahala yang lebih banyak dari kita kerana keikhlasan mereka dan rasa tunduk tawadhu’ mereka terhadap lemahnya diri mereka. Mereka merasa belum mencapai lagi tahap yang dicapai oleh orang lain yang nampak hebat.

.Di mana pula tahap kita? Berjaya mendidik dan mentarbiyyah ramai manusia, tajmik yang berjaya? Tapi pada masa yang sama apakah kita merasa ‘kitalah yang terbaik’? Pandangan kita terhadap diri kita bahawa ‘kita adalah terbaik’, itulah tanda bahawa kita ini sebenarnya sama sekali ‘tidak terbaik’ pun, walaupun amalan kita memberikan hasil yang baik.

.Jadi …
Jaga-jaga! Jangan sampai pahala kita tidak sepadan dengan hasil tajmik, penat dakwah dan tarbiyyah yang telah kita lakukan. Pahala menjadi kecil atau langsung hilang sedangkan kita sepatutnya berhak mendapat pahala terbaik - hanya kerana pandangan kita terhadap hebat diri kita, dan tidak hebatnya orang lain.

.Seruan ini bukan untuk mengajak kita semua mengurangkan kerja yang kita lakukan, tapi untuk membersihkan kita dari penyelewengan yang mungkin berlaku ketika kita gembira melihat hasil. Ayuh maju lebih kuat dan gigih bekerja untuk Allah… dan lebih berjaga-jaga dengan diri yang sentiasa diintai oleh syaitan di dalam urat-urat diri kita.

Peringatan untuk diri sendiri sebelum orang lain !

sumber: www.muntalaq.wordpress.com

di meja study bersama misbah terchenta,

salina

:: diskusi vs debat ::

berbeza pendapat: baek @ buruk?

jom observe ragam manusia di sekeliling kite.. betapa bnyknya kite dapati blaku pcanggahan pendapat, sikap n keinginan blaku di kalangan kite.. namun dlm kbanyakn hal, kite tdk bpecah dan bmusuhan krn perbezaan2 ini: kecuali jika ada pihak tertentu yg mnjadi terlalu beremosi dgn pendiriannya smpai sanggup pula mngkritik pndirian org lain yg sebenarnya tak nampak mane salahnya..

contohnya, stiap drp kite suke mkn mcm2, ade suke makan kari, ade suka makan sup.. katakan yg suke makan sup kate kat yg suke makan kari, bahawasanya sebab badan yg makan kari tu gemok adlh sebab mkn kari yg lemak bersantan!
[mestilah marah..]

maka terjadilh pergaduhan antara keduanya..

hmm, sekiranya pbezaan pndapat itu bbentuk variasi bknnya antara yg hak dan yg bathil, maka jgnlah kite wujudkn sentimen kebencian kpdnya.. bnyk skali org yg bertelingkah atas perbezaan pendapat yg sbenarnya kedua2 pun btul dan kite bebas memilih yg mane satu, mcm sama ade nak makan kari atau sup!

diskusi versus debat..

ade saje kdg2 diskusi akhirnya bertukar mnjadi debat..
baek sesama perempuan, sesama lelaki, atau pun antara lelaki dan perempuan..

namun, harus kite gunakn bukti dan akal utk menganalisa segala bentuk pndapat yg kite hadapi.. bhati2lah bile berbicara dlm perbezaan pndapat sbb mudah mengundang pselisihan faham, walaupun hanya kerana tersalah menyusun ayat! atau pun, kerana ade sesetengah perkara, terlalu sulit dan privasi utk dibincangkan, lebih2 lagi antara lelaki dan perempuan!

ayuh kite ikut teladan Nabi s.a.w. dan para sahabat dlm berdiskusi, di mana Baginda sgt berhikmah dan rasional dlm mnerima pendapat dan membuat keputusan. tdk pernah dimarah, dikeji, atau disombongi akan pendapat sahabat2 yg mngutarakn pendapat dan soalan..

bimbang saye sekiranya perbezaan pendapat ini mmbawa kpd perselisihan yg berkekalan antara sesama Muslim.. tp, jgn takut utk berdiskusi asalkn masing-masing sudi utk menganalisa pendapat masing2 dgn adil dan tanpa prejudis! jgn maen serkap jarang je, tak pasal2 dah melenting.. sabar dulu, pikir dulu ape rasionalnya pihak yg lain berbeza pendapat dgn kite..

kadang2, berfikir perlukn masa.. bkn bleh buat keputusan dalam waktu yg singkat, dan menegaskan bahawasanya kite betul dan benar dlm segala hal.. rasional itu penting, spy tdk gopoh dlm mmbuat keputusan..

smoga Allah tautkan hati-hati kite dgn iman yang satu, tekad yang satu,
walau berbeza akal dan fikiran..

-a muslim got to do what a muslim got to do-

peterborough
salina

:: kiri dan kanan ::

"Semasa dua malaikat (yang mengawal dan menjaganya)
menerima dan menulis segala perkataan dan perbuatannya;
yang satu duduk di sebelah kanannya,
dan yang satu lagi duduk di sebelah kirinya.
Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkannya
(atau perbuatan) melainkan ada di sisinya
malaikat pengawas yang sentiasa sedia
(menerima dan menulisnya)."
(Surah Qaf: 17-18)

x pernah jemu mencatat..
x pernah lenguh menonton..

dosa kecik,
dosa besar,
pahala kecik,
pahala besar.

setia di kiri dan kanan.
kdg2 kite ingat, kdg2 langsung kite lupe!

~recording in progress by Raqib and 'Atid~

loteng stewart
noorsalinamohdbaharuddin

:: and a Man sat alone ::

“And a Man sat alone, drenched deep in sadness.

And all the animals drew near to him and said, “We do not like to see you so sad. Ask us for whatever you wish and you shall have it.”

The Man said, “I want to have good sight.” The vulture replied, “You shall have mine.”

The Man said, “I want to be strong.” The jaguar said, “You shall be strong like me.”

Then the Man said, “I long to know the secrets of the earth.”

The serpent replied, “I will show them to you.”

And so it went with all the animals.

And when the Man had all the gifts that they could give, he left.

Then the owl said to the other animals, “Now the Man knows much, he’ll be able to do many things. Suddenly I am afraid.”

The deer said, “The Man has all that he needs. Now his sadness will stop.”

But the owl (cuba fikirkan kenapa burung hantu disimbolkan sebagai binatang yang memiliki lebih hikmah daripada semua binatang? Kerana burung hantu boleh melihat di dalam gelap, dan memerhatikan persekitarannya dari atas pokok yang tinggi) replied, “No. I saw a hole in the Man, deep like a hunger he will never fill. It is what makes him sad and what makes him want. He will go on taking and taking, until one day the World will say, ‘I am no more and I have nothing left to give.’”

Illusi dan penjara.

Bukankah apabila kita berjalan kita banyak melihat ‘lady in red’ di sekeliling kita?

Bukankah kita mahu memilikinya?

Kita melihatnya bersinar-sinar dan kita berasa iri terhadap mereka yang memilikinya?

Kita melihatnya cantik dan kita ingin memilikinya.

Dunia, bukankah kita mahu mencapai anggur yang sedang ranum itu?

Bukankah kita berasa tenang di dipeluk ‘lady in red.’

Tapi kita harus hidup dalam penjara ini dengan baik.

Mencari makanan dalam penjara ini dengan baik untuk menyuburkan diri fizikal kita ini sebelum dibebaskan.

Kita dilarang menyia-nyiakan fizikal kita ini. Kita perlu berkelakuan baik dalam penjara ini.

Nabi bersabda: “Dunia itu penjara mu’min dan syurga orang kafir.”


sources: Malakian dan YouTube - http://www.youtube.com/watch?v=-Wi7nZVNssk

peterborough

salina

::beneath the heart of a friend::

mendahulukan sahabat sebelum diri sendiri dlm segala hal...
makanan yg sedap dihebahkan dan dikongsi,
yg tak sedap saje dimakan sendiri..
barang yg best dan disayangi dihadiahkn kpd sahabat,
yg tdk cantik dan kurang digemari disimpan sendiri..

bukan bagi org ape yg diri sendiri taknak..
bkn habiskn coklat yang tggl sikit sebelum org lain nmpk,
sbb takut x cukup nk kongsi..
kalau mempunyai sesuatu yg disukai sahabat,
tapi kuantitinya tdk cukup, janganlah kongsi..
tapi, kasi saje semua kepadanya!

ukhwah fillah itu indah..

sarang stewart
salina