masa kecik-kecik, kita ada
SuperHero.
beliau lah
'tempat' paling selamat untuk kita.
tak kesah ancaman apa pun, beliau lah dunia kita.
rumah banjir ke, letrik putus ke,
perut keroncong ke, pensel tumpul ke,
kasut sekolah koyak ke, gigi patah ke...
tak mengapa!
beliau ada!
siapa?
::ayahanda::bila ayahanda ada di sisi,
semua beres!
tak takut, berani, hebat, selamat!come what may! [begitulah lagaknya kita]
tak tahu apa-apa, semua tanya ayahanda.
nak cakap apa-apa, semua cakap kat ayahanda.
apa jenis soalan, sebarang kemusykilan,
ayahanda lah kaunternya.
dengan penuh yakin dan keteguhan iman bahawa
"ayahanda mesti tau punyer!"physical support, emotional support,financial support...
semuanya ayahanda!
[fikiran cetek & innocent seorang kanak-kanak]
------------------------------------------------------------
masa besar-besar,
SuperHero hilang?
dah dewasa, kita sedar ayahanda tak tahu semua benda.
ada juga rasa takut dan bimbang seperti kita,
bukan juga ahli
magic yang boleh menumbuhkan
duit dari pokok.
lama-lama, kita sedar dan faham
erti pengorbanan.
ayahanda berusaha, menderita, berhempas-pulas,
demi membahagiakan kita.
selalu
senyum untuk kita yang
ketakutan,
selalu
tenang untuk kita yang
kebimbangan,
selalu
berjimat untuk kita yang
selalu meminta,
selalu
berkeringat untuk kita yang
banyak kerenah.
tapi, sekarang dah besar, jauh dari ayahanda.
physical support...
bukan lagi ayahanda, tapi diri sendiri.
emotional support...
bukan lagi ayahanda, tapi kawan-kawan.
financial support...
bukan lagi ayahanda, tapi pihak penaja.
dah rasa
serba cukup?
jawapan saya...
saya kata
tidak!
saya masih perlukan SuperHero saya!saya takkan lupakan beliau!
saya perlukan beliau sangat-sangat!
pergantungan saya kepada beliau tak pernah putus!
walaupun hanya sekeping doa seorang ayah kepada anaknya!
saya masih butuh itu!
ayahanda saya tak pernah hilang 'wibawa'nya di mata saya.
nasihat, bimbingan, pengalaman, semuanya ayahanda boleh bagi.
tak dinafikan
'roda sudah mula berpusing'.saya jadi tempat pergantungan?
tak mengapa, tiada saya kisah. tapi tidak 100%.
hanyalah tempat menuntut belai dan kasih sayang sahaja.
berapa kerat sangat yang saya boleh beri,
berbanding tatangan yang ayahanda beri masa saya kecik?
tak mampu dilawan!
dengan rasa rendah diri dan setinggi-tinggi hormat,
saya ingin
mula memberi.
segala-galanya kalau boleh, dan sebelum ayahanda meminta.tapi tak pernah terdengar dari beliau perkataan minta,
malu saya jika ianya keluar dari mulut ayahanda terlebih dahulu.
kerana itu tandanya, saya
anak yang lalai?
saya memohon redha dan kasih sayang dari beliau.
semoga ayahanda meredhakan hidup saya,
sebagai anak perempuan yang 'sangat-sangat banyak songeh'.
saya rindu ayahanda.
saya sayang ayahanda.
saya *speechless*
[jom sambung mengadu pada Allah, moga-moga ayahanda kita diberkati olehNya]sudah menjelang tanggal 4 Februari 2010.selamat ulang tahun ke-53 ayahanda,Haji Mohd Baharuddin bin Mohd Zali.^______________.______________^
halwa hati,
Noor Salina Mohd Baharuddin