Pages

December 30, 2009

::Reviving Islamic Spirit 8th (1)::


tinggi tak bertiang, biru langit Toronto. chantek.
tak tersangka suhu sejuk mencecah -10 darjah Celcius.
Subhanallah.

mustahil tengok langit tak terkenang Allah.
mustahil kan?
jenguk ke atas, nampak langit biru, matahari cemerlang.
jenguk ke bawah, nampak rumput segar, tupai lompat-lompat.

"Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan)
Kami pada segenap penjuru dan pada diri mereka sendiri,
sehingga jelaslah bagi mereka bahawa al-Quran itu adalah benar.
Dan apakah Tuhanmu tidak cukup (bagimu) bahawa sesungguhnya Dia menyaksikan segala sesuatu?"
(Surah Fussilat: 53)

"...segenap penjuru...", mane lagi nak lempar mata ni?
kiri kanan depan belakang atas bawah,
semua bukti kekuasaan Allah, bukti kewujudan Allah.

sampai di Metro Convention Centre, Toronto (the venue of Reviving Islamic Spirit 8).. hurk?!
kiri bertudung! kanan bertudung! depan bertudung! belakang bertudung!
melonjak-lonjak happy!
ramainya saudara-mara.. ^_^

kaki dihayun hingga sampai ke destinasi peringkat 1 (kaunter pendaftaran), heheh..
"assalamualaikum", "assalamualaikum", "assalamualaikum" dan berkali-kali lagi salam dilemparkan ke muka..
terkilan, bukan saya yg mendahului mereka.. mereka yg mendahului saya..
saya mampu mengucapkan salam. saya mampu. tapi..

apa yang meragukan diri saya sendiri?

Dari Abdullah bin Amru r.a: "Seseorang telah bertanya kepada Rasulullah s.a.w: 'Apakah sifat yang paling baik dalam Islam?' Rasulullah s.a.w bersabda: 'Memberikan makanan serta memberi salam sama ada kepada orang yang engkau kenali atau pun tidak'."
(Hadith Riwayat Muslim)

berat mengucapkan salam, hanya mampu tersenyum sahaja..
hmm, ini harus dikikis!
harus saya mendahulukan kebaikan yang datang dari diri sendiri!
mesti!

apa yang saya ragukan? apa yang saya beratkan?
bukankah pakaian taqwa ini sudah cukup membuktikan bahawa kita bersaudara?
kenapa saya masih ragu?

mahu jadi insan dermawan dengan menawarkan ukhwah
dan kasih sayang dalam senyum dan salam.
jangan kedekut ye~

peterborough
salina

December 10, 2009

:: jaga-jaga! ::

Terlalu tersangat teramat penting. Maka saya tidak dapat tidak, mesti ‘kopi & pasta’ di sini.

______

Jaga-jaga dari takabbur dan takjub dengan kerja, cara kerja dan hasil kerja kita. Hasil adalah dari Allah – bukan hasil tangan kita, walaupun kelihatan seolah hasil kejayaan adalah dari kerja kita..

Syaitan akan datang untuk merosakkan amal kita. Jika ia tidak berjaya menghentikan kita dari beramal, ia akan datang untuk merosakkan pahala amal kita. Kita cubalah yang terbaik. Kita mungkin dapat menyusuri jalan yang baik, tapi mungkin saja akhirnya kita tetap tidak mendapat pahala yang terbaik !

Kerana semasa kita melihat hasil dari kerja tangan kita, kita mula merasai ‘kita adalah terbaik’. Mata mula tertutup untuk melihat hasil kerja orang lain. Betapa mudah syaitan menyia-nyiakan pahala amalan kita!.

“Al-Kibr adalah menolak kebenaran dan kamu memandang rendah orang lain.” (maksud Hadis Sahih)

Betapa banyak orang yang hasil kerja tangan mereka kurang ‘menjadi’, tapi mereka mendapat pahala yang lebih banyak dari kita kerana keikhlasan mereka dan rasa tunduk tawadhu’ mereka terhadap lemahnya diri mereka. Mereka merasa belum mencapai lagi tahap yang dicapai oleh orang lain yang nampak hebat.

.Di mana pula tahap kita? Berjaya mendidik dan mentarbiyyah ramai manusia, tajmik yang berjaya? Tapi pada masa yang sama apakah kita merasa ‘kitalah yang terbaik’? Pandangan kita terhadap diri kita bahawa ‘kita adalah terbaik’, itulah tanda bahawa kita ini sebenarnya sama sekali ‘tidak terbaik’ pun, walaupun amalan kita memberikan hasil yang baik.

.Jadi …
Jaga-jaga! Jangan sampai pahala kita tidak sepadan dengan hasil tajmik, penat dakwah dan tarbiyyah yang telah kita lakukan. Pahala menjadi kecil atau langsung hilang sedangkan kita sepatutnya berhak mendapat pahala terbaik - hanya kerana pandangan kita terhadap hebat diri kita, dan tidak hebatnya orang lain.

.Seruan ini bukan untuk mengajak kita semua mengurangkan kerja yang kita lakukan, tapi untuk membersihkan kita dari penyelewengan yang mungkin berlaku ketika kita gembira melihat hasil. Ayuh maju lebih kuat dan gigih bekerja untuk Allah… dan lebih berjaga-jaga dengan diri yang sentiasa diintai oleh syaitan di dalam urat-urat diri kita.

Peringatan untuk diri sendiri sebelum orang lain !

sumber: www.muntalaq.wordpress.com

di meja study bersama misbah terchenta,

salina

December 5, 2009

:: diskusi vs debat ::

berbeza pendapat: baek @ buruk?

jom observe ragam manusia di sekeliling kite.. betapa bnyknya kite dapati blaku pcanggahan pendapat, sikap n keinginan blaku di kalangan kite.. namun dlm kbanyakn hal, kite tdk bpecah dan bmusuhan krn perbezaan2 ini: kecuali jika ada pihak tertentu yg mnjadi terlalu beremosi dgn pendiriannya smpai sanggup pula mngkritik pndirian org lain yg sebenarnya tak nampak mane salahnya..

contohnya, stiap drp kite suke mkn mcm2, ade suke makan kari, ade suka makan sup.. katakan yg suke makan sup kate kat yg suke makan kari, bahawasanya sebab badan yg makan kari tu gemok adlh sebab mkn kari yg lemak bersantan!
[mestilah marah..]

maka terjadilh pergaduhan antara keduanya..

hmm, sekiranya pbezaan pndapat itu bbentuk variasi bknnya antara yg hak dan yg bathil, maka jgnlah kite wujudkn sentimen kebencian kpdnya.. bnyk skali org yg bertelingkah atas perbezaan pendapat yg sbenarnya kedua2 pun btul dan kite bebas memilih yg mane satu, mcm sama ade nak makan kari atau sup!

diskusi versus debat..

ade saje kdg2 diskusi akhirnya bertukar mnjadi debat..
baek sesama perempuan, sesama lelaki, atau pun antara lelaki dan perempuan..

namun, harus kite gunakn bukti dan akal utk menganalisa segala bentuk pndapat yg kite hadapi.. bhati2lah bile berbicara dlm perbezaan pndapat sbb mudah mengundang pselisihan faham, walaupun hanya kerana tersalah menyusun ayat! atau pun, kerana ade sesetengah perkara, terlalu sulit dan privasi utk dibincangkan, lebih2 lagi antara lelaki dan perempuan!

ayuh kite ikut teladan Nabi s.a.w. dan para sahabat dlm berdiskusi, di mana Baginda sgt berhikmah dan rasional dlm mnerima pendapat dan membuat keputusan. tdk pernah dimarah, dikeji, atau disombongi akan pendapat sahabat2 yg mngutarakn pendapat dan soalan..

bimbang saye sekiranya perbezaan pendapat ini mmbawa kpd perselisihan yg berkekalan antara sesama Muslim.. tp, jgn takut utk berdiskusi asalkn masing-masing sudi utk menganalisa pendapat masing2 dgn adil dan tanpa prejudis! jgn maen serkap jarang je, tak pasal2 dah melenting.. sabar dulu, pikir dulu ape rasionalnya pihak yg lain berbeza pendapat dgn kite..

kadang2, berfikir perlukn masa.. bkn bleh buat keputusan dalam waktu yg singkat, dan menegaskan bahawasanya kite betul dan benar dlm segala hal.. rasional itu penting, spy tdk gopoh dlm mmbuat keputusan..

smoga Allah tautkan hati-hati kite dgn iman yang satu, tekad yang satu,
walau berbeza akal dan fikiran..

-a muslim got to do what a muslim got to do-

peterborough
salina