Pages

April 2, 2011

:: kain buruk ::


bismillah.

XXI pakai tudung, tapi perangai dia macam hantu!
XXII tak pakai tudung, tapi dia baek giler!

huuu, selalu keliru, yang mana satu lagi baek?

yang mana satu nak buat kawan?
[mestilah nak kawan dengan XXII, sebab dia baek]

yang mana satu Allah lagi suka?
[XXII tak pakai tudung, tapi, Allah mesti tengok hati dulu kan?]

yang mana satu kita nak mintak tolong?
[XXII tak pakai tudung, tapi dia macam boleh dipercayai]

yang mana satu kita nak mintak nasihat?
[XXI la kot, sebab yang pakai tudung ni mestilah ilmu agama dia tinggi sket kan]

yang mana satu???
[entah!?!]

Sesungguhnya XXI dan XXII, kedua2nya adalah dalam keadaan rugi di sisi Allah.
Janganlah kita nak persoalkan yang mana satu lagi disukai Allah.
Allah ada pertimbangannya sendiri.
Percayalah pada perintah Allah, menutup aurat disamping
memiliki hati yang takutkan Allah, itu adalah lebih baek.

Jika XXI yang telah menutup aurat, tapi menampakkan 'kehantuannya',
itu adalah salah dan silapnya sendiri.
Jika XXII yang memiliki hati yang baek, tapi hati tersebut tidak mampu
mendorong dia menurut perintah Allah dengan menutup aurat,
itu juga adalah salah dan silapnya sendiri.

"pandang Islam pada agama dan aturannya, bukan semata-mata kepada penganutnya sahaja"
-someone-

p/s (1) : pesanan pada XXI - bagus menutup aurat, sebab itu wajib.
tapi jangan pula guna "kain buruk" semata, sebab orang ramai tak suka. :)

p/s (2) : pesanan pada XXII - bagus memiliki hati yang baek, alhamdulillah Allah suka.
tapi jangan pula "tak pakai apa2" untuk pertahankan hati yang baek tu. :)

p/s (3) : pesanan pada XX - moga tidak tergolong dalam golongan XXI atau XXII. :)

inshaAllah, moga Allah berkati.

noorsalinamohdbaharuddin