Pages

May 14, 2010

:: jawapan ::


"Wahai orang-orang yang beriman,
mengapa kamu mengatakan sesuatu yang
tidak kamu kerjakan? Besarlah kemurkaan
di sisi Allah jika kamu mengatakan apa yang
tidak kamu kerjakan."
(Surah As-Saff:2-3)

gedushh, tepat atas muka..
betul kata orang, kalau resah, buka je tafsir..
mana ayat first yang jumpa,
mungkin itulah jawapan Allah pada kita..

sangat benar!

there were so many times before i did so,
and yes,
i got the answers..

ingat salina, semua bukan sempurna..
kamoo juga langsung tidak sempurna..
terima kelemahan diri sendiri dan orang lain!



tak sabar menunggu..
Noor Salina Mohd Baharuddin

May 4, 2010

:: berhias ::

first of all, really sorry.. this is a very very very rough notes of the tazkeerah.. 'malas' edit [fullstop!] kalau tak faham mana2 isi, dialu-alukan bertanya.. most of the points here are applied to the women in Islam.. wassalam~

al-kuliyyah: 19 Mac 2010


::Berhias::

Panel: Wardina Saffiyah
Ustaz Uda Kassim

-berhias ni untuk siapa?
-berhias ni kenapa?
-Nabi s.a.w nak pegi masjid pun, Baginda berhias..
-mandi dulu, pakai baju bersih, etc..

perhiasan terbahagi kepada 2..
-zahir dan batin
-zahir; perhiasan dari luaran, fizikal..
-batin; perhiasan hati, iman and etc..

Surah An-Nur: 31
-jangan zahirkan perhiasan yang tak zahir..
-yang dibenarkan hanyalah muka dan tapak tangan..
-selain dari yang dua ni, yang lain mesti disembunyikan!
-kalau dizahirkan, berdosalah kita!
-even siku or tumit, buku lali pun, still haram dizahirkan..
-wajib ditutup semuanya..
-nak berhias, berhiaslah.. tapi jangan zahirkan mana yang 'batin' (yang tak boleh)..

-nak bincang hal ni, kena based on al-Quran and sunnah..
-takleh biar perempuan yang tentukan..
-hadith Nabi: wanita itu adalah aurat.. (riwayatnya, saya lupa catat! nanti akan di'update'kan inshaAllah)
-konsep berhias adalah berpakaian kemas, bersih dan segar sentiasa..

dari segi konsep yang menggunakan wanita sebagai model iklan commercial;
-wanita tak perlu diperdagangkan, dieksploitasi oleh sape2..
-wanita ni mahal..
-tak perlu bukak aurat semuanya untuk melariskan sesuatu produk..

-hadith Nabi; wanita yang solehah itu adalah apabila dilihat, hati
jadi tenang.. (once again, saya lupa catat riwayatnya! saya update nanti inshaAllah)
-wanita mesti berhias.. tapi hanya untuk suami!
-wanita solehah sejati, berhias hanya semata-mata untuk suami..
-perhiasan yang dibenarkan, gincu nipis + cincin + gelang..
-nak pakai gelang pun ada caranya.. lapik ngan kain.. tutup lengan..

-nak berhias ni, bukanlah boleh ikut hawa nafsu..
-kena berlandaskan al-Quran dan Sunnah..
-wanita ni asalnya dirumah.. boleh keluar hanyalah kerana darurat..
-darurat? jadi, kenalah jaga aurat time darurat tu..

berhias time kahwin..
-bahan pertikai; siti aishah dihias oleh asma' time nak kahwin..
-tapi itu peristiwa yang berlaku sebelum turunnya ayat aurat..
-ayat suruh tutup aurat turun 9 hijrah, selepas peristiwa tersebut..

-boleh berhias, tapi berpada2..
-tak payah bersanding, haram..
-pegi jumpa tetamu pun, tak boleh pakai make-up tebal2..
-make-up biasa je..
-memang lah raja sehari, permaisuri sehari..
-tapi, jaga lah..

penjagaan diri..
-hilangkan jerawat, cabut uban, tanam rambut, baiki gigi..
-dituntut kalau untuk suami, dan kalau membawa aib..
-nak pakai emas, pakai lah banyak mana pun, dengan syarat,
pakai dengan lapik kain (tutup aurat lengan), dan wajib bayar zakat kalau dah cukup syarat..

masalah:
-serumah dgn ipar duai..
-serumah dgn wanita bukan islam..
-auratnya sama sahaja..
-jadi, bagaimana cara nak jaga? susah!
-tapi, jagalah! jagalah didunia ni.. diakhirat nanti ganjarannya besauu~

-suami suruh berhias, melanggar syarak..
-'janganlah ikut makhluk yang salah'
-jadi, suami yang salah, dan boleh tuntut cerai..

wanita solehah adalah wanita yang dipuji didunia dan dilangit..
berapa bnyk bunga-bunga yang cantik, tapi takde bau..
nak jadi bungan yang wangi, yang disanjung oleh para anbiya' dan orang-orang langit..

ya Allah..

berhias hanya untuk dia..
mengejar pangkat disyurga..
inshaAllah..
amin ya rabbal 'alamin..

:: hati mati ::

first of all, really sorry.. this is a very very very rough notes of the tazkeerah..
'malas' edit [fullstop!] kalau tak faham mana2 isi, dialu-alukan bertanya.. wassalam~


Ustaz Mustaffa Kamal Hamzah - Hati Mati
Kitab: Minhajul Abidin, m/s 9 , baris 4
Tempat: Masjid Jamek Pengadang Baru, Kuala Terengganu

kadang2 kita rasa seperti nak melakukan amalan dan ibadah kepada Allah..
hati kita selalu ajak kita nak buat baik..
lebih2 lagi kalau berada dalam majlis ilmu, cita2 melambung..
tapi, bila balik rumah, hati surut..
nak buat apa2 pun tak jadi..

ini berlaku kepada sahabat Nabi s.a.w..
dia tanya Nabi s.a.w: "Ya Rasulullah, ketika aku berada dlm masjis ilmu, aku bercita2 bersungguh2 nak buat ibadah, tapi bila pulang ke rumah, hatiku liat mengerjakannya."

ini membuktikan, bahawasanya ramai manusia ingin, dan bercita2 melakukan amal ibadah..
tapi, nafsu mengatasi niat ini..

maka, Imam Ghazali mengatakan 2 perkara..
cara2 nak atasi tembok penghalang ni..
yang pertama, bangkitkan rasa takut kepada Allah SWT..
yang kedua, bangkitkan rasa harap kepada Allah SWT..

bagaimana?
-memikirkan dosa/azab yang akan dikenakan kalau tinggal ibadah wajib..
-nak hasilkan rasa takut, antaranya adalah berzikir..
-bila berzikir, mulut kita sebut nama Allah, justeru membangkitkan nama Allah dalam hati..
-maka bila hati dh bergetar dengan nama Allah, maka bangkitlah rasa gerun/takut kepada Allah..
-bila teringat dalam hati, maka akan nampak kebesaran Allah..
-hendaklah kamu beribadat kepada Allah, seolah2 kamu melihat Allah, namun seandainya kamu tidak dapat melihat Allah, ingatlah bahawa Allah melihat kamu..
-bila berfikir tentang takut akan Allah, maka ahli2 tasawuf biasanya gerun kalau tak buat baek pada Allah..

-guru yang mursyid, kita akan ada rasa 'gulp!' kalau duduk dalam kuliah/majlis ilmu..
-ilmu tu bukanlah primarily kita dapat dari aktiviti membaca, tapi lebih kepada perasaan takut kepada Allah..
-kalau belajar ilmu, kena ada fakir diri (supaya tidak sombong dengan ilmu Allah),
dan kena ada dhaif diri (fikir bahawa ilmu ini adalah dari Allah), jahil diri dan lemah diri..
-kebergantungan semua hanyalah pada Allah swt..

-Uwais.. sahabat2 pergi cari dia, Rasulullah suruh..
-jumpa la dia dalam keadaan sembahyang sunat.. maka lepas die sembahyang, dia kata mereka inilah yang melihat aku sembahyang sunat..
-point kat sini, bahawasanya dia ni ikhlas/khusyuk sembahyang kepada Allah, sampai tak hiraukan orang laen..

-camne nak hidupkan hati, berzikirlah cara paling mudah..
-dah lah mudah, dapat pahala pun banyak gak, dapat barakah lagi, bersih hati lagi!
-powernya zikir.. bersih hati, disamping dapat pahala, dan timbul pulak rasa gentar pada Allah..
-sepatutnya masuk tahun baru, maken ingat pada Tuhan..

-laen cara lagi? cari guru..
-nak berjaya, biasanya ade guru, ade che'gu..
-contohnya, kita nak jadi berani, kenalah duk dengan orang yang berani..
-sama juga, duduk dengan che'gu alim, die sedikit sebanyak akan influence kita..
-kueh akan ikut acuan, klau acuan bentuk bintang, takkan jadi bentuk bulan bila masak..

-orang yang ma'rifat, die beribadah dengan rasa/feel bahawasanya Allah tu ade kat die..
-bila sebut AllahuAkbar, memang die rasa besar betul Allah itu.. semestinya!
-bila duk dengan tok guru yang rajin ibadah, anak murid pun akan turut rajin ibadah..
-mcm ni lah jugak ajar anak, nak anak buat baek, kita dulu kena buat baek..
-inshaAllah, mudah2an Allah permudahkan..

-tidak ade perkara lain yang menyebabkn seseorang manusia itu takut dengan Allah..
-sebab tu moga2 dalam ibadah kite, kene ade takut dan harap pada Allah..
-bila dah takut, timbul harap pada Allah, maka orang itu akan rajin melakukan pada Allah..
-dan berpalinglah die dari maksiat atau keseronokan atau kemalasan, dan menujulah die kepada keni'matan dan kemanisan iman.

-3 perkara (pesanan dari ayah kepada anaknya) kalau nak rasa ni'mat atas dunia ni,
*makan biar sedap
*tidur biar lena
*kawen biar ramai

-ayahnya ahli sufi, dan maksudnya adalah tersirat..
-tapi anaknya salah tafsir..

-isi tersiratnya adalah:
*makan biar sedap
(hendaklah makan bila benar2 lapar-kena bnyk berlapar, bila makan baru best!)
*tidur biar lena
(jangan tidur banyak, bila mengantuk betul2 baru tidur, lepas penat beribadah baru tidur, baru la ni'mat!)
*kawen biar ramai
(rajin merantau, cari ilmu, dan bile balik umah, tiap kali balik umah, rasa mcm pengantin baru.. -tak berapa paham jugak, kate ustaz, budak2 tak paham nie.. ;? )

-2 kebinasaan yang besar (walaupun dalam keadaan ibadah):
*riya'
*ujub

-ibadah yang sia2, tidak diterima oleh Allah..
-memang mudah sangat hadir dalam hati, kadang2 maen terdetik je..
-jangan menidakkan hak Allah, latih diri supaya gentar dan takut pada Allah..
-buat ibadah bukan kerana orang laen, tapi kerana Allah semata2..


"saya juga terlupa utk diam.."

"Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia berkata yang baik atau diam sahaja."
(Riwayat Bukhari & Muslim)


life does not rewind,
NoorSalinaMohdBaharuddin