Pages

August 8, 2010

:: cukup ::

assalamualaikum wbt.

Firman Allah SWT: "Kemudian jika mereka berpaling ingkar,
maka katakanlah (wahai Muhammad), 'cukuplah bagiku Allah
(yang menolong dan memeliharaku),
tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia,
kepadaNya aku berserah diri,
dan Dialah yang mempunyai Arasy yang besar.'"
(Surah At-Taubah:129)

seperti juga zikir yang selalu diamalkan
oleh para nabi dan para ulama,
(dan selalu juga diamalkan oleh kita semua inshaAllah),

'hasbi rabbi jallallah...'

maka, jelas,
cukuplah Allah bagi kita..

Dia yang selalu mendengar masalah dan keluhan kita,
tatkala kita sedih, geram, tiada tempat meluahkan perasaan.

Dia yang selalu mendengar puji dan syukur kita,
tatkala kita gembira, senang, riang, mendapat rezeki.

Kadang2 kita tak perasan, tak tahu, susah memahami,
bahawasanya Allah itu ada di setiap masa dan ketika bersama kita..
Kadang2 kita sengaja mencari alasan untuk tidak mentaati Allah
dan mengotak-ngatikkan ketentuan dan pelaksanaan rancangan
Allah terhadap kita..

Ya, tidak saya nafikan, ada diantara kita yang kurang bernasib baik,
atau lebih suka saya label sebagai 'orang yang diuji Allah'..
yatim piatu, miskin, etc..

"Berharaplah yang baik dari Allah, bila anda merasa sedih, gelisah,
atau gundah gulana. Dan ketahuilah bahawa ia adalah sebahagian
dari penebusan dosa. Bila anda kehilangan anak, maka ketahuilah
bahawa dia akan menjadi syafaat bagi anda kelak di hadapan Allah.
Bila anda menderita cacat atau penyakit di tubuh anda, maka
ketahuilah bahawa masing-masing pahalanya telah tersimpan
di sisi Allah. " -MH-

Semuanya Allah dah tentukan untuk kita,
sama ada kita terima dengan redha,
atau makin kita kufuri dan ingkar akan ujianNya.

Dalam menghadapi ujian2Nya yang banyak mencabar diri ni,
emosi mungkin mengatasi akal,
maka berhati-hatilah
..

Ya, qalbu adalah kerajaan diri, tapi jika ianya tidak
ditadbir oleh para pembesar (ilmu) yang tepat,
qalbu tidak mungkin mampu menanggung pentadbiran yang
sesat dan sarat dengan hanya emosi yang mengaburinya..
Dan, qalbu yang bermasalah mungkin menjadi lalai jika ianya
diubati dengan cara yang salah..
Qalbu yang lalai akan membenci dan menentang kebenaran,
nauzubillah..

InshaAllah, seperti Baginda Muhammad s.a.w yang menghadapi
tentangan ketika berdakwah, kita juga mampu megusir segala
anasir-anasir yang cuba mengaburi kita akan kebesaran Allah..
Saya percaya, jika kita BETUL-BETUL yakin, inshaAllah kita boleh!
Allah Afuw..

Usah difikir akan benda yang tak pasti..
adalah lebih baik kita berusaha untuk maju ke hadapan..
Usah difikir berulang-ulang akan masalah yang telah, sedang dan akan berlalu..
adalah lebih baik kita
memantapkan iman dan pegangan islam
yang kita anuti sebaik-baiknya dengan mengambil iktibar

dari masalah2 tersebut..
Jika kita sudah mencapai rasa 'Allah itu mencukupi bagi kita',
inshaAllah masalah, kesedihan, kesulitan etc akan hilang..

[tapi, yelah, manusia mana yang takkan merasa kesedihan,
sekalipun sedih itu adalah untuk Penciptanya.. sungguh, simpanlah
sedih itu hanya untuk Dia!]

solat menjamin kelapangan dada pelakunya dan mengusir segala kesedihannya,
Noor Salina Mohd Baharuddin

August 3, 2010

:: suntuk ::

assalamualaikum wbt.

banyak benda nak kongsi..
[benda? eh, bukan2! cerita la]

tapi, oleh kerana banyak hal yang berlaku dalam masa beberapa bulan lepas,
masa untuk ber'blogging' juga suntuk..
[tapi sebenarnya, pengurusan masa saya adalah amat buruk! taknak tipu.. huu~]

inshaAllah, akan cuba sedaya upaya untuk terus 'update' dengan bahan2 ilmiah..
[berazam ni! inshaAllah!]

buat masa sekarang, jom hayati hadith Baginda s.a.w ni..

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
"Sesiapa yang memberi contoh yang baik dalam Islam,
maka ia akan memperoleh pahala dan pahala orang yang beramal selepas ia meinggal
tanpa kurang sedikit pun daripada pahala mereka,
dan siapa yang memberi contoh buruk di dalam Islam,
maka ia akan mendapat dosa dan dosa orang yang beramal dengannya selepas ia meninggal dunia tanpa kurang sedikitpun daripada dosa mereka."

Riwayat Muslim

sumber: JAKIM

wallahu'alam..

till the keyboard being 'beaten' again,
Salina